Home / Berita / MAJLIS RAMAH MESRA PRESIDEN MBM BERSAMA KEPEMIMPINAN BAHARU GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)

MAJLIS RAMAH MESRA PRESIDEN MBM BERSAMA KEPEMIMPINAN BAHARU GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)

KUALA LUMPUR 19 Mac – Majlis Ramah Mesra Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha bersama kepemimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah berlangsung di Banglo GPMS, Jalan Sultan Salahudin.

Terdahulu Presiden GPMS, Sdr. Mohd Alif Anas Md Noor mengucapkan terima kasih atas kunjungan rasmi MBM ke Banglo GPMS seterusnya memberi taklimat mengenai GPMS dan memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa yang baharu.

Presiden MBM dalam ucapannya berharap GPMS perlu fokus dalam menampilkan pendidikan sebagai keutamaan ‘core business’ dan GPMS mengepalai blok gabungan belia-belia Melayu/Islam sebagaimana EMCO.

“MBM sekarang berusaha menurunkan segala projek yang diperolehi di peringkat atasan kepada badan-badan gabungan seperti keusahawanan dan lain-lain”, ujarnya.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, jamuan makan dan sesi diskusi. Banyak pandangan dan idea bernas dilontarkan sepanjang diskusi tersebut. Turut hadir Exco MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed dan Sdr. Mohamad Nazri Abdul Latiff.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »