Home / Berita / Kunjungan Hormat MBM Kepada Ketua Setiausaha Kementeria Belia Dan Sukan Malaysia Yang Baru

Kunjungan Hormat MBM Kepada Ketua Setiausaha Kementeria Belia Dan Sukan Malaysia Yang Baru

PUTRAJAYA 18 Mac – Satu kunjungan hormat antara kepemimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah telah berlangsung di Menara KBS di sini.

Pertemuan ini disifatkan cukup bermakna kerana selain menjadi kunjungan rasmi pertama MBM kepada KSU yang baru dilantik, ia juga menjadi pemula langkah yang lebih progresif dalam memperkukuhkan lagi hubungan strategik kedua-dua belah pihak.

Pelan hala tuju dan pencapaian yang dibentangkan MBM nyata mendapat respon positif daripada Dr. Waitchalla.

Ujar beliau, “MBM melakukan tugas sebagai institusi belia dengan cukup baik sekali. Melihatkan pada apa yang anda lakukan, jelas ianya lebih daripada jangkaan saya.”

Rombongan MBM diketuai Presidennya, Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam, Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Penolong Setiausaha Agung, Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Ketua Penerangan, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Exco MBM, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim, Sdr. Muhamad Iqmal Mahadi dan Sdr. Kavimani Madhu.

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »