Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media MBM : Sekatan Sawit Propaganda EU

Kenyataan Media MBM : Sekatan Sawit Propaganda EU

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

SEKATAN SAWIT PROPAGANDA EU

Majlis Belia Malaysia (MBM) membantah sekerasnya pengklasifikasian minyak sawit sebagai ‘bukan bahan api hijau’ dan berisiko tinggi oleh Suruhanjaya Eropah baru-baru ini. Keputusan berat sebelah menggunakan alasan kelestarian alam sekitar adalah satu propaganda jelas bagi melindungi industri minyak yang dimonopoli barat seperti minyak soya dan kanola.

Keputusan ini akan memberi impak yang besar kepada 650 ribu pengusaha sawit dan pekebun kecil yang bergantung hidup dengan pendapatan dari hasil sawit. Ia juga akan menjejaskan lebih lima juta ahli keluarga termasuk belia-belia yang mungkin akan dinafikan hak asasi seperti pendidikan akibat pendapatan yang merudum kerana harga sawit mentah (MSM) yang kini sudah rendah akan terus terjejas jika sekatan ini dilaksanakan.

Pengusaha sawit dan pekebun kecil di Malaysia telah membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) demi memastikan aspek-aspek kelestarian dalam perladangan sawit terjaga. Oleh itu, sekatan minyak sawit ini adalah sangat tidak wajar memandangkan pelbagai usaha telah dilaksanakan dalam memenuhi piawaian kelestarian tersebut menjelang pelaksanaan mandatori MSPO pada penghujung 2019.

MBM mewakili belia-belia seluruh negara menyokong penuh kenyataan Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Saifuddin Abdullah yang dikeluarkan pada 16 Mac tentang tindakan-tindakan yang akan diambil Malaysia jika sekatan ini diteruskan oleh Kesatuan Eropah termasuk membawa perkara ini ke Pertubuhan Perdagangan Dunia.

MBM tidak akan berdiam diri dan akan terus vokal dalam membangkitkan isu ini di pentas-pentas antarabangsa melalui rangkaian rapat MBM seperti World Assembly of Youth (WAY), Commonwealth Youth Council (CYC), Committee for Asean Youth Cooperation (CAYC), Asian Youth Council (AYC) dan banyak lagi bagi memastikan nasib pengusaha sawit mendapat perhatian seluruh dunia.

MUHAMMAD FADZLI HASAN

Timbalan Presiden

Majlis Belia Malaysia

Tarikh: 19 Mac 2019

Tel: (011) 2971 1124

Emel: fadzlihasan@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »