Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media MBM : Pembuangan Sisa Toksik – Satu Sifat Tidak Berperikemanusiaan

Kenyataan Media MBM : Pembuangan Sisa Toksik – Satu Sifat Tidak Berperikemanusiaan

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

PEMBUANGAN SISA TOKSIK : SATU SIFAT TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) menzahirkan rasa kecewa terhadap insiden pencemaran pembuangan sisa toksik sebanyak 2.43 tan di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Khamis lepas. MBM menyifatkan kegiatan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai secara bebas ini adalah satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Ini susulan kesan yang dihadapi penduduk setempat sehingga menyebabkan penutupan 34 buah sekolah berhampiran termasuk UiTM Pasir Gudang atas ancaman kesihatan dan nyawa pelajar. Lebih memburukkan keadaan, seramai 184 pelajar dimasukkan ke wad, manakala terdapat 10 kes yang memerlukan rawatan rapi ICU yang menjadikan 194 jumlah kes keseluruhan.

MBM menyarankan tindakan tegas yang setimpal perlu dikenakan kepada pelaku seperti menyenarai hitam pemilik dan pengusaha kilang serta premis yang mencemarkan alam sekitar. Ia satu tindakan yang wajar dilakukan agar kejadian yang sama tidak berulang lagi selain dijadikan teladan kepada pemilik kilang atau premis yang lain.                                                                                     

Selain itu, MBM melihat perlunya satu penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap kilang dan premis yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Satu standard baru atau ISO perlu dikuatkuasakan dalam melindungi ekosistem bumi demi kebaikan segenap lapisan masyarakat. 

Dalam pada itu, MBM menyarankan penduduk setempat agar bersabar dan sentiasa cakna terhadap sebarang makluman daripada pihak berkuasa. MBM meyakini Polis Johor dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dapat menyelesaikan perkara ini sesegara mungkin. MBM juga sentiasa dalam keadaan bersedia dalam menempatkan pasukan sukarelawan di pos kawalan tempat kejadian sekiranya ada keperluan.

MUHAMMAD FADZLI HASAN

Timbalan Presiden

Majlis Belia Malaysia

Tarikh : 13 Mac 2019

Tel      : (011) 2971 1124

Emel   : fadzlihasan@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »