Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media MBM : MBM Anggap Laungan Hak LGBT Gugat Kestabilan Dan Keharmonian Negara

Kenyataan Media MBM : MBM Anggap Laungan Hak LGBT Gugat Kestabilan Dan Keharmonian Negara

KENYATAAN MEDIA 

MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM ANGGAP LAUNGAN HAK LGBT GUGAT KESTABILAN DAN 

KEHARMONIAN NEGARA

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin menarik perhatian belia dan rakyat Malaysia terhadap kejadian laungan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sempena perarakan Hari Wanita di Dataran Merdeka baru-baru ini.

MBM mengambil masa untuk memberikan respon bagi mengumpul fakta dan memahami latar peristiwa agar pendirian MBM benar-benar adil.

MBM berpandangan perarakan Hari Wanita wajar memfokuskan kepada isu-isu pokok berkaitan hak-hak wanita, keganasan gender, gaji minima, keganasan domestik dan perkahwinan kanak-kanak di bawah umur.

Tanpa menafikan hak kebebasan bersuara namun laungan hak LGBT sengaja mengundang provokasi kepada majoriti masyarakat yang menolak gaya hidup LGBT kerana bertentangan dengan budaya bangsa Malaysia, keagamaan dan adat ketimuran. Kebebasan ada had dan batasannya yang disempadani dengan batasan Perlembagaan, undang-undang, agama dan norma-norma masyarakat.

Peserta himpunan tersebut wajar tidak mengundang “unnecessary provocation” yang merosakkan ketenangan dan kestabilan masyarakat kerana keamanan terlebih penting untuk diutamakan.

MBM juga menasihatkan agar setiap himpunan mempunyai permit dan mengikut lunas-lunas undang-undang.

MBM juga yakin pendirian Perdana Menteri dan Kerajaan menolak budaya hidup LGBT sambil menegaskan golongan LGBT tidak wajar didiskriminasikan hak-hak mereka sebagai warga Malaysia seperti peluang pekerjaan dan kehidupan.

JUFITRI BIN JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Tarikh     : 12 Mac 2019

Tel           : (017) 353 3625

Emel        : jufitri1979@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »