Home / Berita / Polling And Survey Isu Belia Di Media Online

Polling And Survey Isu Belia Di Media Online


KUALA LUMPUR 5 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan News Straits Times Press (NSTP) akan mengadakan ruang kerjasama untuk mengadakan tinjauan pandangan belia berkala (polling & survey) terhadap sesuatu isu belia dan negara secara online di lima salurannya seperti BH, Metro, NST, Oh Bulan dan says.com.

Persetujuan ini hasil pertemuan Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dengan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abd Jalil Hamid yang berlangsung di Anjung Liku NSTP di sini.

Hasil tinjauan akan digunakan sebagai hujah untuk membawa suara majoriti belia terhadap sesuatu isu kepada pihak Kerajaan. Datuk Seri juga sudi memberikan ruang kolum-kolum penulisan kepada pimpinan MBM untuk disiarkan.

Rangkaian media-media NSTP sebagai akhbar ulung di negara ini mempunyai pengikut dan pembaca yang ramai dari pelbagai peringkat usia.

Turut hadir Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah dan Exco MBM, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali.

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »