Home / Berita / Kunjungan Hormat MBM Kepada YAB Perdana Menteri

Kunjungan Hormat MBM Kepada YAB Perdana Menteri

PUTRAJAYA 5 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di bangunan Perdana Putra hari ini.

MBM diketuai Presidennya, Jufitri Joha bersama barisan kepemimpinan MBM sesi 2018-2020. Turut sama dalam pertemuan ini Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Pengerusi Tetap MBM, YB Mohd Syahbuddin Hashim, Timbalan Pengerusi Tetap MBM dan Sdr. Mohd Rosidi Hasan.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan beberapa isu berhubung halatuju MBM, pergerakan belia dan pembangunan belia di samping mendapatkan pandangan serta nasihat YAB Perdana Menteri, khususnya dalam agenda memartabatkan belia.

MBM sempat membawa isu PTPTN, PTPK, kos sara hidup dan pergerakan belia akar umbi.

Dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri turut memberi nasihat agar golongan belia mempunyai nilai-nilai murni seperti berdisiplin, berintegriti dan kuat bekerja.

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »