Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media MBM : MBM Dokong Garis Panduan “Belanjawanku”

Kenyataan Media MBM : MBM Dokong Garis Panduan “Belanjawanku”

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM DOKONG GARIS PANDUAN “BELANJAWANKU”

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik dan mendokong garis panduan perbelanjaan masyarakat Malaysia yang diterbitkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM). Garis panduan ini diterbitkan dengan judul “Belanjawanku: Expenditure Guide for Malaysian Individuals & Families”, peluncuran garis panduan tersebut telah dilakukan oleh Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia bertempat di EPF Learning Campus, Bangi hari ini. 

MBM juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak KWSP atas penghormatan kepada MBM bagi mewakili golongan belia Malaysia sebagai panel dalam forum belanjawan rakyat Malaysia sejurus selepas peluncurannya. 

MBM memandang pembentukan garis panduan Belanjawanku sebagai satu usaha yang perlu disokong kerana pada masa kini masih belum wujud sebarang garis panduan seumpamanya dalam konteks Malaysia. MBM akan mengambil peranan untuk menyebar garis panduan tersebut sebagai usaha mendidik golongan belia ke arah perbelanjaan yang lebih baik. 

JUFITRI BIN JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Tarikh     : 4 Mac 2019

Tel           : (017) 353 3625

Emel        : jufitri1979@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »