Home / Berita / Usahawan Belia Perlu Disiplin, Berani Berubah, Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya

Usahawan Belia Perlu Disiplin, Berani Berubah, Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya

KUALA LUMPUR 7 Februari – Dalam mengangkat agenda keusahawanan belia, Majlis Belia Malaysia (MBM) yang dipimpin Presidennya, Sdr. Jufitri Joha mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof di bangunan Bank Rakyat di sini.

YB Menteri yang mesra disapa pangilan Pak Wan berkata, golongan muda yang menceburi bidang perniagaan harus mempunyai disiplin yang tinggi dan tidak mudah putus asa.

“Selain untuk lebih berjaya dalam bidang keusahawanan, mereka perlu ada formula iaitu mengenal pasti hala tuju, jati diri, semangat dan minat mendalam terhadap perniagaan itu,” ujarnya.

Kewujudan semula Kementerian (usahawan) juga berperanan dalam perancangan yang lebih mampan bagi membina aset baharu negara ini pada masa hadapan. Kementerian membuka ruang seluasnya kepada golongan belia meliputi aspek latihan keusahawanan, pelaburan dan penyumbangan dana supaya kesedaran tentang keusahawanan akan timbul dalam kalangan lapisan masyarakat belia.

Hadir sama Timbalan Presiden Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Naib Presiden Sdr. Muhammad Sherhan Nizam, Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi, Penolong Bendahari Sdr. Mohd Nizam Omar, Exco MBM Sdr. Syed Osman Mohamed merangkap Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan, Sdr. Mohamad Nazri Abd Latiff serta ahli-ahli jawatankuasa biro.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »