Home / Berita / Lawatan Kerja Rasmi Menteri Belia Dan Sukan Ke Hulu Langat

Lawatan Kerja Rasmi Menteri Belia Dan Sukan Ke Hulu Langat

HULU LANGAT 11 Feb – Bagi meningkatkan hubungan bersama pemegang taruh Kementerian Belia dan Sukan, YB. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengambil inisiatif untuk melakukan lawatan kerja rasmi di daerah Hulu Langat, Selangor pada 10 Februari 2019.

Program melibatkan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) ini merangkumi aktiviti senamrobik bersama penduduk, kayuhan Fun Ride santai dan ziarah bersama belia di sekitar kawasan Semenyih, program tukar minyak hitam percuma, liga penalti, gunting rambut percuma, pertandingan masakan dan banyak lagi. Pihak KBS dan MBM terus komited dalam memberikan bantuan, sokongan demi memperkasakan pembangunan belia dan sukan seterusnya menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »