Home / Berita / MBM Wujudkan Kabinet Bayangan Pastikan Keberkesanan Sistem Penyampaian Kerajaan

MBM Wujudkan Kabinet Bayangan Pastikan Keberkesanan Sistem Penyampaian Kerajaan

PUTRAJAYA, 28 Januari – Bagi memastikan kejayaan agenda kerajaan, Majlis Belia Malaysia (MBM) akan mewujudkan kabinet bayangan yang berfungsi sebagai semak dan imbang (check and balance) kepada setiap kementerian.

Presiden MBM Jufitri Joha berkata, “setiap biro MBM akan dipadankan dengan portfolio dibawah kementerian yang sama bagi memperkuatkan sistem periksa dan imbang seterusya menjamin keberkesanan sistem penyampaian kerajaan untuk kesejahteraan rakyat”.

Beliau berkata demikian semasa majlis perasmian Induksi Kepemimpinan Belia MBM-KBS oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Hotel Dorsett.

Terdahulu dalam ucapannya, YB Menteri mendokong usaha MBM dan menggalukan inisiatif ini yang mampu mewujudkan hubungan dan kerjasama yang lebih erat di antara KBS dan MBM.

“Sudah pasti sebagai pemegang taruh, kita (KBS-MBM) harus bersama dalam menjayakan agenda lebih besar dalam Malaysia Baharu khususnya dalam soal pembangunan belia”, ujar beliau.

Program yang berlangsung 3 hari ini dihadiri oleh ahli jawatankuasa kerja MBM serta ahli majlis tertinggi Kementerian Belia dan Sukan berbincang dan berdialog mengenai perancangan dan kerjasama dalam menjayakan agenda pembangunan generasi muda.

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »