Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media MBM : MBM Dokong Usaha Pembaikan Sistem Dan Undang-Undang Pilihan Raya

Kenyataan Media MBM : MBM Dokong Usaha Pembaikan Sistem Dan Undang-Undang Pilihan Raya

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM DOKONG USAHA PEMBAIKAN SISTEM

DAN UNDANG-UNDANG PILIHAN RAYA

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi taklimat dan sumbang saran bersama Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) Jabatan Perdana Menteri (JPM) baru baru ini mengenai pembaikan sistem dan undang-undang pilihan raya.

Sesi ini telah dihadiri oleh pimpinan utama MBM, pimpinan badan gabungan MBM dan pemimpin pemuda parti parti politik Kerajaan mahupun pembangkang dengan memfokuskan kepada 15 agenda pembaikan bagi memastikan pilihan raya yang lebih bersih, cekap dan adil pada masa hadapan.

Justeru, MBM ingin menyatakan dokongan kuat dan keyakinan tinggi terhadap ERC ini bagi meneruskan agenda reformasi sistem dan undang undang pilihan raya sambil menyeru para belia dan rakyat terus memberikan input berkaitan yang berguna kepada ERC.

MBM ingin menyarankan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberikan peranan dan kuasa yang lebih besar dan bebas bagi benar benar berperanan meregulasi perjalanan pilihanraya secara efisyen dan adil termasuk menangani isu-isu berkaitan kesalahan pilihan raya.

MBM juga ingin terus berperanan bagi meningkatkan pendidikan kepada pengundi khususnya di kalangan belia agar menjadi pengundi yang matang dan cerdas.

Sebagai badan belia bebas, MBM akan terus menawarkan diri menjadi pemerhati pilihan raya dalam meningkatkan keberkesanan perjalanan pilihan raya yang adil dan saksama kepada semua parti-parti yang bertanding.

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Tarikh : 24 Januari 2019

Tel       : (017) 353 3625

Emel    : jufitri1979@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »