Home / Berita / MBM Anjur Dialog Menteri Belia dan Sukan Bersama Komuniti Belia Tanah Tinggi – Orang Asli

MBM Anjur Dialog Menteri Belia dan Sukan Bersama Komuniti Belia Tanah Tinggi – Orang Asli

CAMERON HIGHLAND 14 Januari – Sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan program Komuniti Belia Tanah Tinggi – Orang Asli bertempat di Kampung Leryar di sini.

Komuniti belia ini terdiri daripada penduduk Kampung Kuala Boh, Kampung Manson dan Kampung Relung. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti futsal, sumpit lelaki dan wanita, E-sports serta bola sepak padang.

Aktiviti-aktiviti lain tukar minyak hitam motosikal dan gunting rambut percuma kepada penduduk kampung. MBM turut menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada anak-anak Orang Asli melalui program ceria alam persekolahan selain penyampaian peralatan sukan kepada belia Orang Asli.

Simbolik perasmian disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut melapangkan masa bermain bola sepak bersama belia-belia Orang Asli.

Terdahulu, pada sebelah pagi berlangsung sesi townhall di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah bersama YB Syed Saddiq dengan belia-belia kawasan ini yang memberi ruang interaksi santai dan aspirasi golongan belia. Sesi dialog ini dipengerusikan Timbalan Presiden MBM, Muhammad Fadzli Hasan.

Turut hadir Setiausaha Agung MBM, Hasnul Haniff Harun.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »