Home / Uncategorized / Kenyataan Media MBM Dan FKPB : Terhadap Cadangan YB Menteri Agama Bina Pusat Lepak Remaja

Kenyataan Media MBM Dan FKPB : Terhadap Cadangan YB Menteri Agama Bina Pusat Lepak Remaja

KENYATAAN MEDIA

MBM DAN FKPB TERHADAP CADANGAN YB MENTERI AGAMA

BINA PUSAT LEPAK REMAJA

Majlis Belia Malaysia (MBM) & Federasi Kebangsaan Pekerja Belia Kebangsaan (FKPB) menyambut baik saranan yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof untuk membina pusat lepak bagi remaja yang tinggal di rumah sempit khususnya di ibu kota. Saranan ini bahawasanya selaras dengan idea MBM dan FKPB untuk mewujudkan Pusat Belia yang dapat menjadi wadah mengisi masa senggang remaja disamping pengisian dan pengaturannya dibimbing penuh oleh Pekerja Belia Profesional. Remaja khususnya yang berumur 15 – 20 tahun adalah sebahagian daripada kumpulan yang termasuk dalam Dasar Belia Malaysia (DBM) edisi semakan 2015 yang antara lain memberikan takrifan umur baru belia iaitu 15-30 tahun. Golongan ini berada pada fasa gelojak jiwa yang tinggi untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang baru. Jika mereka tidak dibimbing dengan baik kita akan menyaksikan budaya negatif dikalangan mereka yang boleh menjejaskan kerukunan sosial, ekonomi dan negara. 

Maka, MBM dan FKPB tampil untuk menjadi pemudah cara membimbing golongan ini ke arah pembangunan belia positif dengan kemahiran profesional yang kami miliki.

Dalam hal lain, DBM turut menyenaraikan bidang profesionalisme kerja belia sebagai salah satu daripada 9 bidang keutamaan belia. Kerja belia menurut takrifan Komanwel,

“…the non-formal social and political education and empowerment of young people within a matrix of care”.   

Kerja belia merupakan suatu usaha pendidikan tidak formal dan berterusan bagi membimbing dan membantu belia melalui proses transisi kehidupan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa dalam mencari identiti dan makna kehidupan sebenar bagi menjadi warganegara yang efektif dan khalifah di muka bumi demi menjamin kehidupan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Sememangnya menjadi sasaran MBM dan FKPB untuk mewujudkan pusat-pusat bimbingan khas kepada golongan belia ini khususnya di kawasan berisiko seperti perumahan kos rendah yang secara umumnya pendapatan isi rumah berada dalam

kumpulan B40. Kedudukan ekonomi sangat mempengaruhi kehidupan rohani, seperti yang dikatakan oleh Ali Shariati. Justeru itu, belia yang berada dalam kumpulan ini perlu diberikan lebih perhatian, bimbingan, disibukkan masa mereka dengan kegiatan yang berfaedah dengan silibus pembangunan diri belia yang profesional.

MBM dan FKPB bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai kumpulan teknikal bagi menjayakan hasrat ini. Seperti yang dilaporkan bahawa YB Menteri meminta supaya kajian terperinci dan mendalam perlu dijalankan untuk melaksana dengan sebaiknya cadangan perintah berkurung bagi remaja di bawah 18 tahun dalam usaha mengelakkan mereka dari terjebak dalam gejala dadah, maka kajian terperinci juga patut diadakan bagi merealisasikan penubuhan “pusat lepak” belia ini yang dimanualkan oleh pekerja belia profesional. 

Di kawasan bandar terutamanya di perumahan kos rendah, risiko remaja terlibat dengan kegiatan tidak bermoral amat membimbangkan. Akses kepada pergaulan bebas, penggunaan bahan terlarang, budaya hedonisme, tingkah laku devian akibat kawalan keluarga yang minima, bebanan kerja ibu dan ayah dengan pendapatan rendah, terpaksa membuat dua, tiga kerja sehari disamping kualiti keselesaan rumah, turut mendorong perkara ini berleluasa. MBM dan FKPB pernah mengutarakan hasrat mewujudkan pusat belia ini kepada pihak DBKL sebelum ini. Justeru, apabila saranan ini dikemukakan oleh YB Menteri, adalah diharapkan, pihak pemegang taruh dapat kembali membuka ruang perbincangan untuk menjayakan hasrat ini. 

Dalam konteks ini, sekali lagi MBM dan FKPB bersedia menjadi rakan pembina sebagaimana kami membantu menggalakkan kewujudan pusat pusat belia yang sedia ada seperti Adab Youth Garage (AYG) bagi memastikan pembangunan dan kehidupan belia yang sihat dan sejahtera adalah perniagaan teras (core bussines) kami, maka saranan ini amatlah disambut baik.

JUFITRI JOHA

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) &

Pengerusi Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB)

Tarikh : 23 Januari 2019

Tel       : (017) 353 3625

Emel   : jufitri1979@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »