Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media MBM : Peguam Negara Menari : Jangan Sampai Rakyat Hilang Kepercayaan

Kenyataan Media MBM : Peguam Negara Menari : Jangan Sampai Rakyat Hilang Kepercayaan

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

PEGUAM NEGARA MENARI: JANGAN SAMPAI RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN

Walau apa pun alasan diberi, sangat sukar untuk rakyat menerimanya. Inilah yang digambarkan dengan sebuah video yang tular memperlihatkan individu-individu berprofil tinggi dalam institusi kehakiman negara menari bersama di dalam sebuah majlis.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong merupakan antara individu berprofil paling tinggi yang kelihatan di dalam video tersebut.

MBM mengharapkan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad segera dapat berjumpa mereka ini setelah pulang dari lawatan luar negara nanti bagi memberi kata dua bagi menjaga imej institusi perundangan negara yang semakin hari semakin mengikis kepercayaan rakyat.

Perlu diingat, anda membawa imej kerajaan yang baru sahaja melangkaui 100 hari pentadbiran. Jika ianya sebuah majlis peribadi, itu hak anda. Tetapi difahamkan ianya sebuah Majlis Makan Malam Gala Pembukaan Tahun Perundangan 2019. Bagaimana anda membawa nama kerajaan dengan aksi sebegitu rupa didalam sebuah majlis rasmi?

Satu lagi peringatan, anda juga membawa imej Pakatan Harapan (PH) yang bakal menjadi added value kepada pihak pembangkang untuk terus berkata buruk tentang anda. Kepercayaan rakyat kepada anda juga bakal terancam sekiranya perkara sebegini tidak dibendung.

Selain tokoh diatas, antara individu berprofil tinggi yang turut kelihatan dalam video yang sama dan dilihat sebagai pro-PH adalah Datuk S. Ambiga dan peguam kontroversi, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim.

Belia Bertindak Demi Kebenaran dan Keadilan.

MUHAMMAD FADZLI HASAN

Timbalan Presiden

Majlis Belia Malaysia

Tarikh : 20 Januari 2019        

Tel : (011) 2971 1124

Emel : fadzlihasan@gmail.com

MUHAMMAD FADZLI HASAN Timbalan Presiden

Majlis Belia Malaysia

Tarikh : 20 Januari 2019 Tel       : (011) 2971 1124

Emel : fadzlihasan@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »