Home / Uncategorized / MBM SELAR KENYATAAN K. SHAMINI

MBM SELAR KENYATAAN K. SHAMINI

Baru-baru ini seorang individu, K. Shamini Darshini mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah ke belakang apabila menyiasat tiga individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V di bawah Akta Hasutan 1948.

MBM menyelar tindakan beliau yang disifatkan berat sebelah dan mementingkan diri sendiri. Kami di MBM mahu mencabar beliau yang kononnya pejuang hak asasi manusia untuk berjuang menegakkan keadilan di atas kematian ahli bomba, Muhammad Adib pada bulan lalu. MBM beranggapan kenyataan yang dilakukan oleh K. Shamini seolah-olah beliau menyokong tindakan menghina Sultan Muhammad V dan sekaligus beliau juga boleh didakwa dibawah akta yang sama.

K. Shamini yang juga Pengarah Eksekutif AMNESTY International Malaysia (AIM) perlu sedar dan berpijak di bumi yang nyata. Beliau barangkali mahu hidup di dunia yang tiada peraturan dan undang-undang. MBM menyarankan agar K. Sharmini kembali belajar mengenai sejarah negara, kewujudan sistem beraja dan kontrak sosial yang telah berabad sebati dalam diri rakyat Malaysia.

Tidak salah memperjuangkan hak asasi manusia, tetapi biarlah ianya berlandaskan keutuhan, kemuliaan dan hak samarata serta asasi yang tak terpisah bagi seluruh umat manusia dijadikan asas kebebasan, keadilan dan kedamaian dunia.

WAN MOHD HUSNI ABDULLAH

Ketua Penerangan

Majlis Belia Malaysia

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »