Home / Uncategorized / HUKUMAN MATI DIMANSUHKAN – MBM HANTAR MEMORANDUM

HUKUMAN MATI DIMANSUHKAN – MBM HANTAR MEMORANDUM

KUALA LUMPUR 12 Januari – Hasil perbincangan Sidang Meja Bulat (RTD) bertajuk hukuman mati dimansuhkan? yang berlangsung di Wisma MBM hari ini bersetuju bahawa adalah tidak wajar pelaksanaan hukuman mati dimansuhkan di negara ini atas alasan ‘hak asasi’.

RTD ini bertujuan membincangkan polemik berhubung langkah kerajaan mahu memansuhkan hukuman mati dan kesannya kepada masyarakat serta negara.

Antara ahli panel program ini ialah Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Encik Yusfarizal Yusoff, Pengamal undang-undang/Peguam. Sesi dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Fared Mohd Khaled, Pengerusi Biro Undang-Undang, Advokasi dan Hak Asasi merangkap Exco MBM.

Sesi penutup telah disempurnakan oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha.

“Ini merupakan sebagai salah satu tanggungjawab dan peranan MBM dalam kerja-kerja advokasi bagi mengutarakan pandangan berdasarkan input dan fakta berkaitan kepentingan masyarakat dan negara”.

“Kita akan memperhalusi beberapa perkara seterusnya MBM akan menghantar memorandum sedikit masa lagi kepada menteri yang memegang portfolio undang-undang”, tambah beliau.

Turut hadir Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Ketua Penerangan MBM, Exco MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Sdri. Nurliana Muhammad dan Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim.

Turut hadir Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Ketua Penerangan MBM, Exco MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Sdri. Nurliana Muhammad dan Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »