Home / Uncategorized / Kenyataan Media MBM : Hormati Institusi Diraja Negara

Kenyataan Media MBM : Hormati Institusi Diraja Negara

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA  

HORMATI INSTITUSI DIRAJA NEGARA

Majlis Belia Malaysia (MBM) menarik perhatian isu melibatkan individu bernama Eric Liew yang mengeluarkan komen tidak sopan terhadap Sultan Muhammad V yang sekali gus menimbulkan kecaman netizen di media sosial. Meskipun permohonan maaf telah dibuat, rata-rata masyarakat jelas tidak boleh menerima kenyataan jelek yang dikeluarkan oleh beliau.

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini Ahli Majlis Daerah Pontian, Mohammad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah mengeluarkan kenyataan memperlekeh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di media sosial Facebook miliknya.

MBM menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh mereka ini adalah tindakan yang melampau. Apa jua perkara serta tindakan yang membawa kepada penghinaan kepada institusi diraja Negara ini sewajarnya diberikan tidakan tegas tanpa kompromi kerana ia melambangkan sikap mereka yang tidak menghormati perlembagaan dan kepimpinan tertinggi Negara.

Meskipun Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi dan memperjuangkan kebebasan bersuara, ia bukannya alasan untuk mana-mana individu mengeluarkan kenyataan dengan menyentuh perkara dan isu sensitif yang boleh menyumbang kepada perpecahan dikalangan masyarakat.

Rukun Negara kedua – “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara” yang seluruh rakyat lafazkan menjadi mainan oleh individu seperti mereka dan tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sudah tidak layak untuk menjadi warganegara Malaysia kerana tidak lagi menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan prinsip rakyat Malaysia.

MUHAMMAD FADZLI HASSAN

Timbalan Presiden

Majlis Belia Malaysia

Tarikh : 07 Januari 2019

Tel       : (011) 2971 1124

Emel    : fadzlihasan@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »