Home / Artikel / Slot Resensi Buku “Give and Take”

Slot Resensi Buku “Give and Take”

Ringkasan Buku “Give and Take” yang ditulis oleh Adam Grant

Ini adalah ringkasan buku berjudul “Give and Take”, hasil karya Adam Grant, Profesor Psikologi termuka dari Wharton Business School tentang kenapa memberi lebin baik dari mengambil.

Dalam buku berjudul Give and Take, Adam Grant menjelaskan 3 kategori  orang yang mempunyai “reciprocity style” yang berbeza – Pengambil (Takers),”Matchers” dan Pemberi (Givers). Beliau kemudian membincangkan bagaimana setiap “reciprocity style” seseorang boleh mempengaruhi peribadi dan profesional seseorang, secara beransur-ansur membina hujah mengapa kita semua perlu memberi dari mengambil.

Pertama,  3 Kategori yang dijelaskan Adam Grant:

1.Pengambil (Takers) selalu ingin mendapat lebih daripada yang mereka berikan. Mereka cenderung untuk menjadi kompetitif dan mempunyai gaya “cutthroat” untuk mengambil  sebanyak mungkin dari orang lain tanpa mengira kesannya.

2. “Matchers” percaya pada konsep “quid pro quo”. Mereka berpegang kepada prinsip keadilan. Sekiranya mereka melakukan sesuatu untuk anda, mereka akan mengharapkan layanan yang setimpal juga. Begitu juga, mereka akan merasa terhutang budi kepada anda jika mereka menerima layanan yang baik.

3.Pemberi (Givers) pula adalah orang yang memberi fokus kepada orang yang lain.” Mereka tidak menimbang kebaikan dan keburukan orang lain. Sebaliknya, mereka memberi tanpa mengira. Secara ringkasnya, pemberi (Givers) berusaha memperkayakan kehidupan orang-orang yang mereka berinteraksi. Sebagai Grant menulis, “Jika anda seorang pemberi,anda akan berusaha untuk berkongsi masa, tenaga, pengetahuan, kemahiran supaya orang lain mendapat manfaat daripadanya.”

Sepanjang buku ini ditulis, dengan bantuan penyelidikan empirikal dan cerita benar yang berwarna-warni, Adam Grant membina hujah yang menarik bahawa sifat Pemberi (Givers) adalah cara terbaik untuk dalam hubungan kita sesama manusia. Dalam jangka masa panjang, Pemberi (Givers) akhirnya akan melakukan yang lebih baik daripada Pengambil (Takers) dan “Matchers” untuk beberapa sebab utama:

  • Pemberi (Givers) mempunyai rangkaian yang paling luas dan paling sihat. Pemberi (Givers) mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang sepanjang masa, bukan sahaja apabila mereka memerlukannya (berbanding dengan Pengambil dan “Matchers”, yang boleh menjadi lebih oportunistik) .Tambahan pula, pemberi (Givers) sentiasa menambah nilai (add value) kepada rangkaian mereka dengan memupuk hubungan yang baik dan perkongsian pengetahuan antara satu sama lain.
  • Pemberi (Givers) boleh mendapatkan pengetahuan luas dan pengalaman penting. Dengan membantu orang lain, pemberi (Givers) selalu terdedah kepada “domain” yang baru dan masalah yang baru. Dengan ini, ia boleh menjadi kelebihan dalam memperkukuhkan pengetahuan disiplin tentang pelbagai perkara.

Paling penting, menjadi seorang pemberi (Givers) adalah sesuatu sifat yang mudah dikuti dan dijadikan teladan (contagious), dan anda akan perlahan-lahan menanamkan  dalam diri orang lain dengan berkongsi nilai anda yang baik. Jadilah seorang pemberi. Berilah yang terbaik untuk diri anda, rakan-rakan, masyarakat, agama dan negara.

Selepas melihat semua manfaat menjadi seorang pemberi (Giver), saya tertanya-tanya jika anda akan mula bertindak sebagai pemberi dengan lebih kerap? Ingat, anda boleh memilih untuk bertindak sebagai pemberi. Anda boleh memilih untuk membantu orang lain tanpa perlu menharapkan apa-apa.

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »