Home / Berita / Kunjung hormat MBM kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Kunjung hormat MBM kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat terhadap YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini.

Kunjungan MBM diketuai Presidennya, Jufitri Joha bersama barisan kepemimpinan MBM sesi 2018-2020.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan beberapa isu berhubung pergerakan belia dan pembangunan belia di samping mendapatkan pandangan serta nasihat YAB Timbalan Perdana Menteri, khususnya dalam agenda memartabatkan belia.

Dalam pertemuan tersebut, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah turut menyatakan sokongannya kepada MBM mahu badan induk belia ini terus menjadi ‘jambatan’ antara belia dengan kerajaan dalam agenda pembangunan negara.

Selain itu, beliau mahu MBM memberikan penumpuan kepada program-program berbentuk kekeluargaan yang mampu memupuk kasih sayang diantara ahli keluarga dan seterusnya mampu memberi kesan positif kepada masyarakat terutama golongan belia secara amnya.

Dalam masa yang sama, beliau menyambut baik segala usaha yang dilakukan MBM bagi mengangkat suara golongan belia disamping menyerlahkan bakat mereka melalui pelbagai bentuk program yang telah dilakukan selama ini.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »