Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media MBM : MBM Tawar Diri Jayakan Food Bank Malaysia

Kenyataan Media MBM : MBM Tawar Diri Jayakan Food Bank Malaysia

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM TAWAR DIRI JAYAKAN FOOD BANK MALAYSIA

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik dan memberi sokongan padu kepada inisiatif Food Bank Malaysia oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Inisiatif murni ini yang akan dilaksanakan pada Januari 2019 dilihat sebagai suatu budaya yang akan menyatupadukan seluruh masyarakat Malaysia bukan sahaja dari sudut kepelbagaian kaum dan agama tetapi merapatkan jurang antara golongan yang mampu dan kurang berkemampuan dengan membawa semangat memberi dan berkongsi nikmat.

Justeru itu, MBM ingi menawarkan khidmat tenaga sukarelawan belia di seluruh negara serta menggalakkan usahawan belia untuk sama-sama tampil menjayakan inisiatif dengan berperanan sebagai penyumbang makanan dan barangan keperluan harian.

Untuk itu, sekalung ucapan tahniah kepada YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan seluruh warga kementeriannya yang mengilhamkan gerakan ini yang pastinya menghadirkan sebuah senyuman kepada golongan yang memerlukan.

 

 

MUHAMMAD FADZLI HASAN

Timbalan Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh    : 27 Disember 2018 / 19 Rabiul Akhir 1440 H

Tel         : (011) 2971 1124         

Emel      : fadzlihasan@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »