Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media : MBM Merakamkan Penghargaan Kepada Mohd Aizad Roslan

Kenyataan Media : MBM Merakamkan Penghargaan Kepada Mohd Aizad Roslan

KENYATAAN MEDIA

 

JUFITRI BIN JOHA

PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA MOHD AIZAD ROSLAN

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd Aizad Roslan atas perletakkan jawatan sebagai Presiden Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) dalam Mesyuarat Agung Tahunan MBNK baru-baru ini.

 

Tindakan ini adalah langkah yang terpuji kerana selaku Setiausaha Politik kepada YB. Menteri Belia dan Sukan, ia adalah usaha bagi mengelakkan pertembungan kepentingan (conflict of interest) di samping menyahut seruan YB. Menteri agar pergerakan belia benar-benar dipimpin oleh tokoh yang dapat memberikan fokus utama kepada pembangunan belia. Ia juga sekaligus memastikan pergerakan belia tidak dicemari dengan agenda politik kepartian yang sempit.

 

Tindakan ini juga wajar dicontohi oleh pihak-pihak berkepentingan yang lain selaras dengan agenda baharu yang dibawa oleh pihak Kerajaan. MBM amat mengalu-alukan agenda dan budaya baharu yang menguntungkan belia dan rakyat.

 

MBM mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan mendoakan agar terus membantu pergerakan belia negara. Kepada pemangku Presiden MBNK, Hamdan Jamel, selamat menjalankan tugas sebaiknya.

 

 

JUFITRI BIN JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh : 26 Disember 2018

Tel       : (017) 353 3625

Emel    : jufitri1979@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »