Home / Artikel / Majlis Belia Hindu Malaysia DiAmbang Malaysia Baru

Majlis Belia Hindu Malaysia DiAmbang Malaysia Baru

MAJLIS BELIA HINDU MALAYSIA DIAMBANG MALAYSIA BARU

 

Pada tanggal 23 Disember 2018 telah berlangsung Persidangan Perwakilan Agung Tahunan Ke-53 oleh Majlis Belia Hindu Malaysia (MBHM). Persidangan ini adalah yang pertama kali untuk MBHM selepas berlakunya pertukaran kerajaan, persidangan ini juga berlaku semasa negara sedang dilanda krisis kepimpinan melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy. Persidangan ini dihadiri oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) iaitu saudara Jufitri Joha. Persidangan ini turut dihadiri oleh 3 pengasas awal MBHM iaitu Shanmuganathan, Kumarakulasingam dan Balasundram.

 

Majlis penutup dimulakan oleh Presiden MBHM yang baru iaitu saudara Arun Kumar, terdapat tujuh agenda utama yang disentuh oleh beliau untuk dijadikan fokus kepimpinan beliau dalam tempoh 2 tahun mendatang. Antara yang disentuh termasuklah membina minda, semangat cintakan negara, dana dan kerjasama pintar. Namun fokus yang menjadi kerisauan saudara Arun ialah masalah kebelian dalam komuniti Hindu yang melibatkan gangsterism dan alkohol. Menurut beliau masalah gangsterism melibatkan sejumlah besar belia Hindu di Malaysia, generasi gangster Hindu pada masa kini merupakan generasi kedua. Penggubalan undang-undang yang ketat adalah perlu bagi menyekat gejala ini dari terus merebak. Masalah alkohol pula merupakan penyebab yang membawa kepada masalah gangsterism dalam kalangan belia Hindu, saudara Arun menyarankan agar pusat pemulihan alkohol mula diwujudkan bagi menangani masalah ini dari terus merebak.

 

Ucapan seterusnya diteruskan oleh Presiden MBM, saudara Jufitri Joha. Beliau menekan tiga rukun yang perlu diamalkan oleh belia berbilang etnik di negara ini iaitu kenal-mengenali, persefahaman dan kerjasama. Ilmu pengetahuan turut menjadi fokus dalam ucapan saudara Jufitri, belia Hindu perlu banyak membaca kerana MBHM hanya boleh bertahan melalui pemimpin penuh dengan pengetahuan melalui pembacaan dan mendampingi senior-senior pimpinan. Saudara Jufitri telah menyatakan sokongan beliau kepada penubuhan United Malaysian Indian Youth (UMIY) yang menjadi platform penyatuan kepada pertubuhan-pertubuhan belia India di Malaysia. Beliau juga turut menggalakkan pemimpin-pemimpin belia Hindu untuk memahami konsep Positive Youth Development (PYD), mengenai isu dana pula beliau memaklumkan MBM bersama badan-badan gabungannya akan menghantar memorandum ke pejabat Perdana Menteri bagi mendesak peruntukkan yang lebih adil diberikan kepada pertubuhan-pertubuhan belia di Malaysia. Isu terakhir yang turut disinggung oleh saudara Jufitri ialah berkenaan kenyataan beliau yang mahukan P. Waytha Moorthy berundur daripada jawatan beliau di Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana gagal melaksanakan tugas beliau semasa krisis Kuil Sri Maha Mariamman. Terdapat perbezaan pendapat oleh pimpinan MBHM dan MBM berkenaan kedudukan P. Waytha Moorthy, namun bagi meredakan isu ini maka saudara Jufitri mengambil kedudukan untuk agree to disagree. Kepimpinan MBM tetap dengan pendirian mereka dan begitu juga MBHM namun mereka akan saling menghormati pendirian antara satu dengan yang lain.

 

Ucapan penutup disampaikan oleh Dato A. Vaithilingam, beliau merupakan Presiden MBHM yang ke-6. Sedikit sejarah penubuhan MBHM diceritakan oleh beliau dan peranan MBHM semasa zaman kepimpinan beliau diimbau kembali. Beliau menyatakan MBHM semasa era 1970-an menjadi kuasa pengimbang dalam MBM apabila berlaku pergolakan kepimpinan, di dalam MBM, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim juga antara pemimpin MBM yang berjumpa dengan kepimpinan MBHM untuk mendapat sokongan ketika menghadapi pergolakan kepimpinan MBM era 1970-an. Belia Hindu pada masa kini kelihatan kehilangan kekuatan tersebut, justeru Dato A. Vaithilingam mencabar Presiden MBHM untuk tidak terus tidur jika mahu terus mengemudi MBHM. Belia Hindu juga dinasihat untuk terus berani, namun berani dalam saluran yang betul. Beliau tidak mahu belia Hindu berani dalam bentuk kekerasan tetapi berani untuk menyatakan pendapat. Belia Hindu juga tidak perlu takut berkenaan melaksanakan aktiviti keagamaan di dalam negara ini, menurut Dato A. Vaithilingam Perlembagaan Persekutuan dengan jelas telah melindungi hak untuk komuniti Hindu untuk beragama. Tidak perlu wujud perasaan curiga atau takut dalam hal tersebut.

 

MOHD. FAUZI B FADZIL

Felo Penyelidik Pejabat Presiden

Majlis Belia Malaysia

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »