Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media MBM : MBM Sokong Syed Saddiq

Kenyataan Media MBM : MBM Sokong Syed Saddiq

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

MBM SOKONG SYED SADDIQ

 

Berpegang kepada prinsip belia bertindak demi kebenaran dan keadilan, Majlis Belia Malaysia (MBM) menyatakan pendirian untuk memberi sokongan kepada kenyataan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang mendesak agar YB Waytha Moorthy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri meletak jawatan.

Desakan YB Syed Saddiq itu jelas suatu pembuktian bahawa majoriti belia di Malaysia ini menolak pemimpin yang secara jelas telah gagal melaksanakan tanggungjawab dalam menangani isu perpaduan dalam kalangan masyarakat.

MBM juga menegaskan bahawa sokongan yang diberikan bukan bermotifkan sokongan politik sebaliknya menyedari bahawa keberanian YB Syed Saddiq menyuarakan desakan itu adalah kerana kebenaran dan keadilan yang di tuntut oleh masyarakat Malaysia ketika ini.

MBM juga sebelum ini telah menyatakan desakan agar YB Waytha Moorthy meletakkan jawatan dan tegas menolak sebarang tanggapan bahawa desakan ini bermotifkan perkauman, sebaliknya membawa suara rata-rata belia di akar umbi yang amat tidak puas hati dengan prestasi menteri tersebut.

 

MUHAMMAD FADZLI HASAN

Timbalan Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh   : 24 Disember 2018 / 16 Rabiul Akhir 1440 H

Tel         : (011) 2971 1124         

Emel      : fadzlihasan@gmail.com

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »