Home / Berita / Wacana Belia : Pelan Usahawan Muda Berjaya

Wacana Belia : Pelan Usahawan Muda Berjaya

Bangi 21 Dis – Wacana Belia yang berlangsung pada 20 Disember 2018 ini bertempat di Aras 6, Pusanika Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini adalah anjuran bersama Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) dan Sekolah Pembangunan Kerja Belia (SPKB) dengan penyertaan seramai 35 orang peserta.

Siri wacana ini dibahagikan kepada 2 slot iaitu

-Slot 1 (Pembudayaan dan Cabaran Keusahawanan Anak Muda) menampilkan panel Sdri. Nurliana Muhammad Exco MBM (Timbalan JK Perindustrian, Ekonomi & Keusahawanan) yang membicarakan tentang pendedahan berkenaan konsep pengurusan keusahawanan, cabaran keterlibatan dalam bidang keusahawanan dan langkah yang perlu diambil dalam bidang keusahawanan.

-Slot 2 (Perkongsian Pengalaman Kesukarelawanan ) menampilkan panel YB Ustaz Hasanudin Bin Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat, Selangor dan bersama juga Wakil MBM Sdr. Sherhan Nizam Naib Presiden MBM, Sdri Nurliana Muhammad dan Sdr. Hazrul Hafizi Exco MBM. Dalam slot ini YB Ustaz Hasanudin menceritakan pengalamannya dalam kesukarelaan, ciri-ciri yang perlu ada dalam kesukarelaan adalah stamina dan juga advokasi serta sentiasa menyantuni masyarakat pelbagai kaum untuk menyertai program kesukarelaan dan sentiasa bekerjasama dalam segala program berbentuk kebajikan.

 

 

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »