Home / Berita / Siri lawatan rasmi Presiden MBM ke badan gabungan

Siri lawatan rasmi Presiden MBM ke badan gabungan

KUALA LUMPUR 18 Disember – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Jufitri Joha telah mengadakan lawatan rasmi ke pejabat Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Kebangsaan yang merupakan salah sebuah badan gabungan MBM. Ini merupakan kunjungan pertama beliau sejak memegang jawatan Presiden.

Beliau disambut oleh Presiden YMM, Sdr. Chew Sir Boon yang berumur 27 tahun. YMM mempunyai bangunan sendiri dengan kekuatan 60 orang ahli jawatankuasa dan 3 orang kakitangan.

Perbincangan berkisar tentang operasi dan aktiviti YMM, program perpaduan dan patriotisme. Antara yang menarik perhatian beliau ialah program kebudayaan ‘Pesta Hanfu’ yang dianjurkan setiap tahun oleh YMM. Hanfu 漢服 sejenis pakaian tradisional yang pernah dipakai oleh Laksamana Cheng Ho. Khazanah kebudayaan dan warisan sebegini harus diketahui bukan hanya belia Cina tetapi belia Malaysia.

Ini secara tidak langsung mampu memberi kefahaman terhadap budaya sesuatu bangsa seterusnya memupuk perpaduan melalui kebudayaan.

Turut sama dalam pertemuan ini Naib Presiden YMM, Sdr. Alex Ng Jun Fai, Setiausaha Agung YMM, Sdr. Chang Yon Tian dan Exco YMM, Sdr. Tiong Chun Yin.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan pentadbiran, pengurusan, kewangan badan-badan gabungan MBM di samping berkongsi pandangan mengenai program pembangunan belia.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »