Home / Hebahan / Pelawaan Menyertai Program Pertukaran Belia Antarabangsa Bagi Tahun 2019

Pelawaan Menyertai Program Pertukaran Belia Antarabangsa Bagi Tahun 2019

*PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA BAGI TAHUN 2019*
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara akan membuka permohonan bagi menyertai program-program pertukaran belia antarabangsa bagi tahun 2019
 
*Tarikh buka permohonan :*
*17 Disember 2018 (Isnin)*
 
*Tarikh tutup permohonan :*
*17 Januari 2019 (Khamis)*
 
*1. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:*
 
a) Pemohon adalah *WARGANEGARA MALAYSIA* yang berumur lingkungan *18 hingga 30 tahun. (Lahir pada 1989 hingga 2001)*
 
b) Calon *TIDAK PERNAH MENYERTAI* mana-mana Program Pertukaran Belia Antarabangsa anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam tempoh *TIGA (3) tahun kebelakangan. (Dikira dari iklan ini bermula)*
 
c) Calon tidak diisytiharkan bankrap, bersih daripada pertuduhan/ tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah.
 
d) Pemohon haruslah fasih berbahasa Inggeris. Calon yang fasih berbahasa lain selain daripada Bahasa Malaysia dan Inggeris merupakan satu kelebihan.
 
e) Pemohon perlu komited untuk menyertai Kem Pemilihan Peserta dan juga beberapa siri _*Pre-Departure Training (PDT)*_ yang akan dilaksanakan oleh pihak sekretariat.
 
f) Pemohon perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta mempunyai kebolehan bekerja dalam kumpulan.
 
g) Pemohon yang berpersatuan merupakan satu kelebihan.
 
*2. TATACARA PERMOHONAN :*
 
a) Pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan secara atas talian yang mempunyai maklumat peribadi, kerjaya, latarbelakang akademik, persatuan, bahasa, perakuan dan maklumat tambahan lain di portal *http://kbseyxchange.kbs.gov.my*
 
b) Pemohon hendaklah memasukkan nama penuh seperti yang tertera di dalam kad pengenalan.
 
c) Pemohon juga perlu mengemukakan :
– Satu (1) gambar berukuran passport.
– Esei yang ditulis sendiri. Esei hendaklah *TIDAK MELEBIHI 300 patah perkataan* dan dengan tajuk pilihan sendiri di dalam Bahasa Inggeris. Esei ini hendaklah dimuatnaik di dalam sistem permohonan atas talian.
 
*d) Semua permohonan yang LENGKAP hendaklah dihantar sebelum atau pada 17 Januari 2019 (Khamis).*
 
e) Permohonan yang lengkap dan layak akan dimaklumkan melalui emel untuk menduduki Ujian Psikologi Online JPA pada 23 Januari 2019. Tarikh menduduki ujian tersebut ialah pada 30 Januari hingga 14 Februari 2019 melalui portal *http://www.interactive.jpa.gov.my/ujian*
 
f) Keputusan Ujian Online JPA dan calon yang berjaya untuk menyertai Kem Pemilihan Peserta Program Antarabangsa anak dimaklumkan melalui semakan status di *http://eyxchange.kbs.gov.my* bermula pada 5 Mac 2019.

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »