Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media MBM : MBM Desak Menteri Perpaduan Letak Jawatan Serta Merta

Kenyataan Media MBM : MBM Desak Menteri Perpaduan Letak Jawatan Serta Merta

KENYATAAN MEDIA 

MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

MBM DESAK MENTERI PERPADUAN LETAK JAWATAN SERTA MERTA

 

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga dan waris anggota bomba, saudara Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia pada 17 Disember 2018 lalu susulan kecederaan yang di alami akibat diserang perusuh semasa insiden di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November lalu.

MBM merupakan badan induk pertubuhan belia seluruh Malaysia mendesak agar P. Waytha Moorthy meletakan jawatan selaku Menteri Perpaduan kerana secara jelas beliau telah gagal melaksanakan tanggungjawab dalam menangani isu perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Malahan, beliau juga dilihat telah menjadi pencetus kepada kemarahan kaum India melalui kenyataanya di laman Facebook peribadi beliau yang berbau provokasi serta menyalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa kepada kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib. Rata-rata belia di akar umbi juga berasa amat tidak puas hati dengan prestasi Menteri Perpaduan ini.

Dalam insiden ini, MBM berasa amat kecewa dengan tindakan P. Waytha Moorthy. Beliau langsung tidak menggambarkan imej seorang Menteri yang memegang portfolio perpaduan yang sepatutnya bertanggungjawab memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan kaum ke arah perpaduan nasional serta mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyatupadukan rakyat Malaysia.

MBM menggesa pengadilan dan pembelaan yang sewajarnya dan sesegera yang mungkin di atas kematian Muhammad Adib daripada pihak Kerajaan serta pihak berkuasa. MBM memberikan keyakinan penuh kepada pihak PDRM dan pihak Mahkamah bagi tujuan penegakkan keadilan.

Sehubungan dengan itu juga, MBM melihat hukuman mati masih terus releven untuk kes-kes sebegini bagi memberikan keadilan yang sewajarnya kepada pihak keluarga mangsa.

 

 

 

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh  : 19 Disember 2018 | 11 RabiulAkhir 1440 H

Tel       : (017) 353 3625

Emel    : jufitri1979@gmail.com

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »