Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media MBM : Pemergian Yang Meninggalkan Luka Mendalam..

Kenyataan Media MBM : Pemergian Yang Meninggalkan Luka Mendalam..

KENYATAAN MEDIA

 

MAJLIS BELIA MALAYSIA

PEMERGIAN YANG MENINGGALKAN LUKA MENDALAM

 

Pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menjadi mangsa rusuhan kuil Sri Maha Mariamman kira-kira 3 minggu lalu benar-benar meninggalkan luka yang mendalam terhadap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keamanan.

 

Hakikatnya, sejak malam arwah mengalami kecederaan parah hinggalah mengembuskan nafas terakhirnya malam tadi, kemarahan dan keresahan rakyat terhadap api perkauman, rasis, persepsi, salah sangka dan apa saja yang seumpama dengannya semakin sukar untuk di padam.

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) melihat inilah kesannya jika soal undang-undang diperlecehkan, penguatkuasaan di perbodohkan dan hal berkaitan kesopanan dan kesusilaan di politikkan oleh sesetengahahli politik yang bodoh sombong menyemai rasa kebencian antara satu sam lain.

 

Ketika ini, ramai mempersoalkan di manakah keadilan buat arwah. Namun, masih ada manusia yang yang tidak mahu belajar dari tragedi yang berlaku. Sebagai contoh, kenyataan entri media sosial wanita bernama Caryn Yean, kakitangan Sri Utama Auto Sdn. Bhd (pengedar Honda) dilihat mempersendakan kematian arwah sekaligus menghina agama Islam.

 

Tindakan pantas Honda Malaysia memohon maaf dan mengambil tindakan ke atas pekerja tersebut wajar dipuji. Namun, Majlis Belia Malaysia (MBM) mahukan tindakan undang-undang perlu di laksanakan segera atas nama keselamatan bersama.

 

Dengan penuh kesedihan, seluruh kepimpinan MBM dan badan gabungannya merakamkan ucapan takziah buat keluarga allahyarham. MBM sifatkan pemergian allahyarham sebagai “Perginya seorang lelaki yang menyerahkan dirinya untuk menyelamat dan membantu tapi dibalas dengan pukulan tanpa simpati. Kebenaran dan Keadilan perlu ditegakkan!

 

Al-Fatehah buat Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

 

 

MUHAMMAD FADZLI HASAN

Timbalan Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh   : 18 Disember 2018 / 10 Rabiul Akhir 1440 H

Tel         : (011) 2971 1124         

Emel      : fadzlihasan@gmail.com

 

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »