Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media MBM : Sukan Menjana Keharmonian, Kemuafakatan Dan Perpaduan

Kenyataan Media MBM : Sukan Menjana Keharmonian, Kemuafakatan Dan Perpaduan

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

SUKAN MENJANA KEHARMONIAN, KEMUAFAKATAN DAN PERPADUAN

 

KEJAYAAN pasukan bolasepak negara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 hadir di tengah-tengah kekalutan masyarakat berdepan isu perpaduan yang sedikit sebanyak menjejaskan semangat solidariti masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Solidariti boleh di andaikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Di peringkat genrasi muda atau belia, Majlis Belia Malaysia (MBM) berpendapat sukan dapat dilihat sebagai cara yang berguna untuk mewujudkan persekitaran di mana orang dapat berkumpul untuk bekerja ke arah matlamat yang sama, menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan berkongsi ruang dan peralatan. Segala aspek ini adalah penting untuk proses pembinaan keharmonian dan semangat nasionalisme tinggi seperti sokongan netizen terhadap pasukan bolasepak negara dalam kejohanan tersebut.

Bidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan semata-mata, tetapi sebenarnya juga berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan antara kaum. Ini kerana sukan tidak  pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan masa. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan kemajmukan bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta semangat satu negara dan satu matlamat.

Semoga pasukan bolasepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2018 yang mana di harapkan menjadi titik tolak yang penting dalam melentur semangat ‘kekitaan” di kalangan masyarakat Malaysia serta ‘penjana’ dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini. Selamat Maju Jaya!

 

MUHAMMAD FADZLI HASAN

Timbalan Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh   : 10 Disember 2018 / 2 Rabiul Akhir 1440 H

Tel         : (011) 2971 1124         

Emel      : fadzlihasan@gmail.com

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »