Home / Berita / MPBN – Platform Menyediakan Belia #youthpower

MPBN – Platform Menyediakan Belia #youthpower

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang III Penggal ke-3 tahun 2017/2018 telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bertempat di Pusat Belia Antarabangsa.

MPBN adalah merupakan salah satu daripada usaha ‘engagement’ dan saluran perundingan di antara kerajaan khususnya KBS yang mengangkat isu dan pembangunan mengenai belia.

Sidang MPBN kali ini merupakan yang pertama kali dipengerusikan oleh YB. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sejak dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Persidangan telah berjalan dengan jayanya di samping pengisian ucapan oleh YB Menteri yang menekankan keberadaan orang muda dalam semua sektor sama ada kerajaan, GLC, NGO, swasta dalam membawa perubahan, hala tuju dan suara belia yang menyeluruh.

Presiden MBM, Jufitri Joha turut menyampaikan ucapan sulung beliau sejak dipilih menerajui kepimpinan MBM. Beliau memaklumkan MBM harus menjenamakan semula dirinya agar menjadi influencer online dan ofline. Beliau turut menerangkan agenda khusus MBM iaitu memperkukuhkan suara rasmi belia; menghakupayakan pertubuhan belia; dan mempromosikan kerja belia profesional.

Sebanyak empat usul telah dibawa dan dibahaskan pada persidangan kali ini. Usul-usul tersebut adalah; melantik wakil-wakil belia dalam setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); mewujudkan Hub belia di setiap daerah; menghakupaya program dan insitusi kebeliaan yang memberi impak tinggi dalam pembangunan belia; mengesa KBS melaksanakan had umur belia (15-30 tahun) secara berperingkat.

Kehadiran ahli-ahli daripada Exco-exco Belia dan Sukan Negeri, Pengarah-pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Exco dan Dewan Tertinggi MBM, Ahli-ahli MPBN Lantikan  Menteri, dan wakil-wakil agensi kerajaan yang berperanan menyokong inisiatif belia ini, maka MPBN ini telah berjaya dilaksanakan dengan usul-usul yang membangkitkan sentimen dan keperluan belia hari ini.

Persidangan ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »