Home / Berita / Sanggar Budaya Sri Pengkalan Johan Festival Tarian Tradisional Malaysia Di KLIA (Tarian Rampaian) 2018

Sanggar Budaya Sri Pengkalan Johan Festival Tarian Tradisional Malaysia Di KLIA (Tarian Rampaian) 2018

KLIA 2 Dis – Penganjuran Kali Kedua Festival Tarian Tradisional Malaysia Di KLIA (Tarian Rampaian) 2018 Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) yang berlangsung pada 1 Disember 2019 bermula pada pukul 9.00 hingga 5.00 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sebanyak 22 pasukan mengambil bahagian dalam festival yang merebut hadiah keseluruhan RM13,500.00.

Johan – Kumpulan Sanggar Budaya Sri Pengkalan
Naib Johan – Kumpulan Nyala Dance Theatre
Tempat Ketiga – Kumpulan Dansa Fusion

Koreografi Terbaik – Kumpulan Rentak Seni
Busana Terbaik  – Kumpulan Sencetra
Pemenang Instapop – Kerolmohtar (Kumpulan Nyala Dance Theatre)

Penganjuran festival kali kedua ini menampilkan khazanah seni budaya senitari tradisional yang akan menghiburkan para pengunjung KLIA terutamanya pelancong tempatan dan luar negara selain salah satu usaha mempromosikan Malaysia melalui kebudayaan tempatan.

Selain mewujudkan suasana ceria di lapangan terbang, festival ini juga memberi peluang kepada golongan belia untuk mempersembahkan bakat senitari mereka. Festival ini berkonsep pertandingan di mana 22 pasukan terdiri daripada lapan hingga 10 peserta akan bertanding.

Berbeza dengan penganjuran sebelum ini yang fokus kepada tarian zapin, pertandingan kali ini diperluaskan kepada tarian rampaian yang menampilkan kepelbagaian bentuk senitari yang terdapat di negara ini.

Inisiatif ini bukan sahaja memastikan seni dan budaya terus dipelihara dan tidak hilang ditelan zaman, malah mampu memperkenalkan Malaysia ke mata dunia. Sudah tentu, sebagai pengendali lapangan terbang utama negara, Malaysia Airports berada di posisi tepat kepada usaha ini.

 

     

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »