Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media Bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) – United Malaysian Indian Youth (UMIY) : Kejadian Di Kuil Mariamman Bukan Isu Perkauman

Kenyataan Media Bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) – United Malaysian Indian Youth (UMIY) : Kejadian Di Kuil Mariamman Bukan Isu Perkauman

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) – UNITED MALAYSIAN INDIAN YOUTH (UMIY)

KEJADIAN DI KUIL MAHA MARIAMMAN BUKAN ISU PERKAUMAN

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) dan United Malaysian Indian Youth (UMIY) yang dianggotai oleh Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO), Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (KBBT), Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) dan Majlis Belia India Malaysia (MIYC) menarik perhatian mengenai isu yang berlaku di Kuil Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya, awal pagi Isnin lalu yang sehingga kini heboh di media cetak dan media sosial dengan pelbagai andaian dan fakta yang dikeluarkan daripada pelbagai sumber.

Sentimen yang berbau perkauman banyak ditularkan di media sosial terutama daripada individu-individu yang mendakwa diri mereka terlibat secara langsung dengan insiden berkenaan.

Dalam meneliti isu ini, MBM-UMIY menyifatkan insiden yang berlaku tiada kaitan dengan isu perkauman mahupun perbalahan agama. Isu ini dipercayai hanya melibatkan dua entiti iaitu pihak pengurusan Kuil Maha Mariamman dan juga pihak pemaju.

MBM-UMIY syorkan agar masyarakat dapat memberi ruang dan masa kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dalam mengambil tindakan yang sewajarnya. MBM-UMIY meyakini pihak berkuasa di negara ini cukup wibawa dalam menangani kes seperti ini.

MBM-UMIY menegaskan sebarang bentuk kenyataan yang mempunyai agenda tersurat dan tersirat perlu dihentikan serta merta. Ini bagi mengelakkan agar maklumat kes tidak disalah tafsir dan menjadi isu perkauman dan modal politik sesetengah pihak. Sebarang kenyataan perlu dibuat secara berhemah terutama melibatkan isu sensitif.

Dalam masa yang sama, MBM-UNIY berharap agar pihak Kerajaan tidak terburu-buru dalam mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan sebarang percanggahan fakta kes.

Masyarakat Malaysia sepatutnya sudah cukup matang untuk belajar dari kesilapan lampau yang mengakibatkan pertumpahan darah akibat daripada isu-isu sensitif. Malaysia pada hari ini perlu bersifat progresif dalam meraikan perbezaan serta kepelbagaian kaum.

Dengan mengambil contoh organisasi belia seperti MBM, sepanjang tujuh dekad penubuhannya tidak pernah timbul isu perkauman kerana semua pertubuhan dibawah naungannya – tidak mengira bangsa dan agama, berkongsi objektif dan matlamat yang sama iaitu memajukan serta mengangkat martabat golongan belia supaya sentiasa bergerak maju seiring dengan peredaran zaman.

 

 

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh : 28 November 2018

Tel       : (017) 353 3625

Emel    : jufitri1979@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »