Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media MBM : MBM Gesa Agar Rakyat Malaysia Kekalkan Keharmonian Dan Perpaduan Kaum

Kenyataan Media MBM : MBM Gesa Agar Rakyat Malaysia Kekalkan Keharmonian Dan Perpaduan Kaum

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

MBM GESA AGAR RAKYAT MALAYSIA KEKALKAN KEHARMONIAN DAN PERPADUAN KAUM

 

Merujuk kepada insiden pempromosi (promoter) minuman keras yang berlaku di sebuah pasaraya tempatan baru baru, Majlis Belia Malaysia (MBM) terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan dan nasihat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Mengakui MBM tidak mempunyai butiran dan gambaran insiden secara menyeluruh namun MBM terpanggil untuk memberikan nasihat dan panduan;

  1. Penjualan arak wajib mengikut peraturan dengan meletakkan premis atau lokasi di sudut khas pasaraya dan diletakkan secara jelas papan tanda “Seksyen Tidak Halal atau minuman keras”. Hampir kesemua pasaraya utama dilihat telah memenuhi peraturan tersebut dengan menyediakan sudut yang sedikit tertutup seperti sebuah kedai kecil. Promosi hanya boleh berlaku di dalam kawasan yang ditetapkan dan tiada keperluan untuk umat Islam dan masyarakat bukan Islam yang tidak minum arak untuk memasuki kawasan yang dikhaskan tersebut;

 

  1. Walaubagaimanapun jika terdapat pasaraya atau premis penjualan minuman keras yang tidak mengikut peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan atau didapati promosi dijalankan secara terbuka, maka rakyat Malaysia yang berasa terganggu dan bertangungjawab, wajar melakukan aduan dan teguran langsung kepada pihak pengurusan atasan pasaraya dengan mengikut prosedur dan memelihara adab. Pemilik premis yang mempromosi minuman keras pula wajar lebih sensitif dengan keadaan semasa apatah lagi selepas insiden yang tidak diingini ini berlaku. Setiap ruang-ruang yang membuka jalan kepada provokasi dan mengganggu ketenteraman awam harus dielakkan oleh pemilik premis dengan mengamalkan pengurusan risiko atau risk management bagi mengelakkan perkara seumpama ini berlaku di masa hadapan.

 

  1. Teguran dan aduan secara tidak beradab apatah lagi melibatkan isyarat dan perkataan lucah adalah tidak boleh diterima sama sekali sebagai masyarakat yang kaya dengan nilai peradaban dan adat ketimuran yang tinggi. Tindakan pihak yang terlibat memohon maaf adalah wajar sambil rakyat Malaysia wajib mengambil iktibar atas kejadian kecil yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian agama.

 

MBM juga ingin menyeru agar seluruh rakyat Malaysia agar terus komited menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi sesama rakyat pelbagai kaum kerana bahasa kebangsaan mampu menjadi bahasa penyatu kepada semua rakyat Malaysia.

MBM ingin menyeru rakyat Malaysia agar menghargai nikmat keamanan dan perpaduan yang dikecapi selama ini dengan menjadi agen pendamai dan bukannya menjadi agen provokasi yang akan memburukkan keadaan atau sesuatu insiden.

Rakyat Malaysia harus mempertingkatkan rasa sensitivi kaum dan agama agar terjalin persefahaman dan rasa hormat menghormati sesama kita.

MBM amat percaya majoriti rakyat amat gembira dan selesa hidup secara aman damai dalam masyarakat majmuk untuk sama sama membina Negara tercinta.

 

 

JUFITRI BIN JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh    : 21 November 2018 / 13 Rabiul Awal 1440 H

Tel         : (017) 353 3625         

Emel      : jufitri1979@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »