Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media MBM : MBM Dokong Syor Anak Muda Sebagai Ahli Lembaga Pengarah GLC

Kenyataan Media MBM : MBM Dokong Syor Anak Muda Sebagai Ahli Lembaga Pengarah GLC

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

MBM DOKONG SYOR ANAK MUDA SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH GLC

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin menarik perhatian terhadap syor dan desakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar Kerajaan melantik anak muda sebagai sebahagian ahli lembaga syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).

Sukacita MBM untuk mencadangkan agar lantikan wajar dipertimbangkan di dalam kalangan profesional muda dan pemimpin belia yang berkelayakan dan berkebolehan.

Gabungan antara yang junior dan senior di dalam sesebuah GLC mampu menatijahkan sinergi idea dan tindakan yang mantap. Proses pertukaran idea, ilmu dan pengalaman di antara mereka adalah selaras dengan semangat Pembangunan Belia Positif (PYD) seperti yang termaktub di dalam Dasar Belia Malaysia (DBM).

Syor ini juga harus diperluaskan agar setiap platform pembuatan dasar mesti diwakili kombinasi junior dan senior seperti lembaga perpustakaan, lembaga pelawat hospital dan majlis agama.

Amalan seperti ini mampu memperkukuhkan hubungan di antara dua generasi demi kebaikan belia dan negara.

 

 

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh : 15 November 2018

Telefon : 017 353 3625

E-mel : jufitri1979@gmail.com

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »