Home / Kenyataan Akhbar / Siaran Media : MIB-LESA Satu Langkah Besar Melahirkan Kepimpinan

Siaran Media : MIB-LESA Satu Langkah Besar Melahirkan Kepimpinan

SIARAN MEDIA

 

MiB-LESA SATU LANGKAH BESAR MELAHIRKAN KEPIMPINAN

 

13 – 15 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR CONVENTION CENRE

 

Sempena Leadership Energy Summit Asia (LESA), Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama  ICLIF Leadership and Governance Centre akan menganjurkan program MiB-LESA pada 13 – 15 November 2018 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

MiB-LESA adalah satu bentuk inisiatif bagi membuka ruang dan peluang kepada peserta Skuad MiB300 mengenali dimensi baru kepimpinan yang lebih dinamik dan global. Ia adalah satu langkah kehadapan oleh MBM bagi melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berkualiti serta mempunyai jati diri yang tinggi.

Skuad MiB300 adalah sebuah inisiatif daripada MBM bagi melahirkan barisan kepimpinan muda negara pada masa hadapan. Semenjak 2015, sejumlah 2,428 belia yang terdiri daripada ahli persatuan belia, mahasiswa dan juga pelajar kemahiran telah dilatih melalui modul khas yang dibentuk.

Hasil dari program Skuad MiB300 ini akan diperkasakan dengan penglibatan bersama pihak ICLIF melalui LESA yang akan turut menghimpunkan pemimpin-pemimpin pelapis muda dari sektor NGO serta korporat termasuk dari semua rangkaian parti politik di Malaysia.

Dalam program MiB-LESA ini terdapat slot dimana peserta akan dilatih secara terus bersama ICLIF’S Mastercoach, Tn. Mohammad Sabri Abdul Rawi. Kemahirannya sebagai pakar pembangunan kepimpinan merangkumi hampir dua dekad. Forte Tn. Sabri termasuk reka bentuk industri kepimpinan dan pembelajaran, pembangunan & penyampaian kursus latihan kepimpinan.

Selain itu, terdapat slot Townhall dimana membincangkan berkenaan ‘Belia di Era Malaysia Baru’ bersama panelis yang mempunyai peranan yang sangat besar dalam pembangunan belia iaitu Tn. Jufitri Joha, Presiden MBM bersama KSU Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Lokman Hakim Ali disamping YB Tn. Noor Amin Ahmad iaitu Ahli Parlimen Kangar, Perlis.

 

 

MUHAMMAD FADZLI HASAN

Timbalan Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh : 8 November 2018

Tel      : (011) 2971 1124

Emel   : fadzlihasan@gmail.com

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »