Home / Berita / MBM Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah – SPRM

MBM Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah – SPRM

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) menyahut seruan SPRM dengan mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) atau Corruption-Free Pledge.

Majlis yang berlangsung di Bangunan Wisma MBM ini dihadiri oleh Pengarah Pendidikan Masyarakat SPRM, Tuan Roslan Tuan Mat dan beberapa pegawai kanannya.

Presiden MBM, Jufitri Joha mengetuai saf kepimpinan MBM melafazkan bacaan Ikrar Bebas Rasuah sebelum sesi menandangani Ikrar Bebas Rasuah yang turut disaksikan oleh Pengarah Pendidikan Masyarakat SPRM.

Menurut Jufitri, program ini merupakan inisiatif MBM di bawah kepimpinan MBM sesi 2018-2020 bagi memupuk sikap kepimpinan berintegriti dalam kalangan pemimpin-pemimpin belia di semua peringkat.

“Kami berharap usaha ini mampu memberi impak positif kepada masyarakat bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia seperti kami juga mempunyai integriti dan keikhlasan dalam kerja-kerja kesukarelaan untuk menjunjung tanggungjawab sosial dalam suasana kondusif dan bebas rasuah”, ujar beliau.

Pengarah Pendidikan Masyarakat SPRM pula berkata, tindakan Ahli Jawatankuasa Kerja MBM menandatangani ‘Ikrar Bebas Rasuah’ ini, jelas memperlihatkan keikhlasan dan komitmen menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat. Kesedaran ini harus dipuji dan harus menjadi contoh kepada persatuan-pertuan belia dan NGO yang lain.

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »