Home / Berita / SIDANG MEJA BULAT BINCANG ISU DAN CABARAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN

SIDANG MEJA BULAT BINCANG ISU DAN CABARAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN

PUTRAJAYA 23 Oktober – Sidang Meja Bulat (RTD) bagi membincangkan Halatuju Belia Berkemahiran bersama Perwakilan Pemimpin Pelatih dan Hal Ehwal Pelatih Institusi-Institusi Latihan Kemahiran telah berlangsung di Menara KBS.

Usaha ini adalah kerjasama antara Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam memperkasakan belia berkemahiran dalam semua aspek. Perbincangan menyentuh beberapa isu dan cabaran iaitu berkaitan persijilan, pekerjaan, pembiayaan latihan, bayaran balik pinjaman kemahiran dan perlaksanaan latihan yang berkualiti. Pelan bertindak telah diatur dan perbincangan bersetuju untuk menubuhkan dan menggerakkan organisasi pelatih kemahiran di peringkat nasional dan negeri.

Sesi penutup telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun yang turut dihadiri Sdr. Rasana Mahamad Ali (Presiden PKPB).

“Sebagai salah satu fokus MBM (Belia Mahir), kita berusaha memastikan golongan ini diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan dalam memperkasa TVET”, ujar Setiausaha Agung MBM.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »