Home / Berita / TEAM YB SYED SADDIQ JUARA PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

TEAM YB SYED SADDIQ JUARA PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Pasukan Pilihan YB Syed Saddiq dinobat sebagai juara Perlawanan Bolasepak Persahabatan menentang Dugong Allstar FC sempena Hari Sukan Negara 2018 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Perlawanan persahabatan bola sepak ini menyaksikan barisan penyampai radio ERA seperti Johan, Haniff dan Ray serta selebriti tempatan mewakili pasukan Dugong All Stars bertembung dengan pasukan Pilihan Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Turut serta dalam pasukan YB Syed Saddiq ialah Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha dan Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Hasnul Hanif Harun.

Gol jaringan YB Syed Saddiq di masa tambahan ‘suddent death’ memastikan kemenangan mutlak pasukannya apabila memenangi perlawanan ini dengan jaringan 4 – 3 selepas terikat 3 – 3 masa penuh.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Dato’ Azman Idris, Ketua Pegawai Operasi Spanco Sdn Bhd bersama YB Menteri Belia dan Sukan.

Lebih 4,000 peminat-peminat telah membanjiri Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan persahabatan ini yang telah disiarkan secara langsung di YouTube dan Facebook ERA.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan!

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »