Home / Berita / MBM JAYAKAN HARI SUKAN NEGARA 2018

MBM JAYAKAN HARI SUKAN NEGARA 2018

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Hari Sukan Negara (HSN) 2018 peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil berlangsung meriah.

Kira-kira 25,000 peminat sukan hadir memeriahkan HSN di mana sebanyak 33 kegiatan sukan mewarnai acara Hari Sukan Negara bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Hari Sukan Negara 2018 peringkat kebangsaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perdana Menteri menyerahkan bendera rasmi Hari Sukan Negara kepada atlet olahraga negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi sebagai simbolik perasmian Hari Sukan Negara.

Turut hadir Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, Timbalan Presiden MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Hanif Harun dan Sdr. Syed Osman Mohamed, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM.

Seperti tahun-tahun sebelumnya MBM turut terlibat menjayakan HSN kali ini dengan penyertaan aktiviti dan booth pameran seperti skyrunner, penglibatan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), jualan baju dan acara penalty shooter yang mendapat sambutan hangat dari orang ramai.

Sambutan HSN telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun sebagai suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (sporting nation).

 

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »