Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media MBM : OctoberFest Bukan Budaya Bangsa Malaysia

Kenyataan Media MBM : OctoberFest Bukan Budaya Bangsa Malaysia

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

OCTOBERFEST BUKAN BUDAYA BANGSA MALAYSIA

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin menarik perhatian umum berkenaan penganjuran Oktoberfest yang dijadualkan akan diadakan di beberapa tempat dan telahpun diadakan di Mid Valley Megamall pada 11 Oktober 2018 yang lepas.

MBM melihat penganjuran Oktoberfest sebagai sebuah acara adalah satu penganjuran yang tidak membawa faedah dan mendatangkan mudarat lebih dari manfaat. Oktoberfest yang merupakan salah satu pesta yang berasal daripada Negara Jerman adalah tidak sesuai untuk dibawa dan dianjurkan di Malaysia. Tidak semua budaya yang datang daripada luar tidak sesuai namun Oktoberfest adalah antara budaya yang langsung tidak sesuai dengan norma-norma tempatan.

Oktoberfest hakikatnya adalah satu budaya asing yang tidak mempunyai tempat di negara ini serta tidak juga diraikan oleh mana-mana kaum atau bangsa di dalam negara ini. Malahan, MBM juga berpendapat bahawa penganjuran Oktoberfest adalah bertentangan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang mana mengangkat kebudayaan Melayu dan kebudayaan pelbagai kaum lain di negara ini yang sesuai, serta Islam sebagai unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan di negara ini. Justeru tidak timbul isu sama ada Oktoberfest dianjurkan secara terbuka mahupun tertutup kerana persoalan utamanya ialah acara sebegini amat tidak sesuai dengan budaya bangsa Malaysia yang luhur.

Dakwaan bahawa penganjuran Oktoberfest yang bertujuan untuk menarik pelancong hadir ke negara ini juga harus ditolak sekeras-kerasnya. Sebaliknya, kehadiran pelancong ke negara ini adalah kerana kebudayaan yang unik, serta keragaman budaya dari kaum-kaum yang berbeza yang ditawarkan di negara ini adalah faktor utama kehadiran para pelancong ke negara ini hingga dinobatkan sebagai antara negara destinasi utama pelancong terbaik dunia.

Membawa masuk budaya Oktoberfest yang tidak selari dengan budaya bangsa Malaysia ini harus ditolak, dan Kerajaan harus tegas memantau pesta ini daripada diteruskan serta tidak membenarkan pesta ini diadakan secara terbuka sekiranya ada permohonan untuk berbuat seperti demikian. MBM menyeru agar belia dan masyarakat memainkan peranan yang lebih proaktif dalam mendidik rakyat Malaysia agar terus mengamalkan budaya yang murni dan gaya hidup yang sihat.

Di kesempatan ini, juga MBM ingin menyeru secara tegas agar Kerajaan tidak membenarkan lagi penjualan minuman keras secara terbuka di premis-premis perniagaan 24 jam seperti 7 Eleven dan lain-lain kerana ianya mendedahkan pembelian secara wewenang kepada para belia yang akhirnya akan menyebabkan ketagihan dan masalah sosial yang serius. Penjualan arak harus dijual di premis terkawal di bawah pantauan pihak berkuasa.

 

Sekian, terima kasih.

 

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh   :  12 Oktober 2018

Tel        :  (017) 3533 625

Emel     :  jufitri1979@gmail.com

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »