Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media : Berjiwa Besar Dalam Memacu Kemajuan Pertubuhan Belia

Kenyataan Media : Berjiwa Besar Dalam Memacu Kemajuan Pertubuhan Belia

KENYATAAN MEDIA

BERJIWA BESAR DALAM MEMACU KEMAJUAN PERTUBUHAN BELIA

Majlis Belia Malaysia (MBM) berlapang dada menerima pernyataan maaf secara rasmi YB Menteri Belia Dan Sukan terhadap isu ‘macai politik’ terhadap pertubuhan belia yang di salah tanggap sebelum ini.

YB Menteri memaklumkan bahawa ucapan tersebut hanya menumpukan sebahagian pimpinan dan Persatuan belia dan bukannya ‘pukul rata’ kepada semua persatuan.

MBM menerima penjelasan YB Menteri dengan hati terbuka dan berterima kasih atas teguran agar MBM terus menjadi organisasi yang memperjuangkan isu masyarakat seluruhnya.

MBM juga memaklumkan terdapat juga kekhilafan dalam tindakan MBM yang perlu diperbetulkan.  Ini merujuk kepada sokongan terbuka MBM kepada parti politik yg menyebabkan rasa kurang senang dan salah tanggapan masyarakat kepada  peranan pertubuhan belia.

Kehadiran YB Menteri bersama pegawai kanan Kementerian Belia Dan Sukan ke pejabat urusan Majlis Belia Malaysia Di Bandar Tun Razak adalah yang pertama selepas Kerajaan baharu terbentuk.

Kehadiran ini memberi pengalaman dan kefahaman YB Menteri kepada gerak kerja MBM sebagai badan induk pertubuhan belia serta kepentingan MBM sebagai rakan kongsi Pembangunan belia bersama kerajaan.

Beberapa isu dibincangkan secara mendalam antaranya isu takrifan had umur belia menuju 30 tahun yang dilakukan secara berperingkat bermula umur 35 tahun.

Isu neutralisasi pertubuhan belia daripada kepimpinan politik juga dibincangkan untuk mencari pendekatan terbaik menanganinya.

YB Menteri juga mahukan MBM memberikan perhatian kepada belia marginal agar suara mereka tetap diperjuangkan dan dibela.

Bagi maksud tersebut YB Menteri bersetuju agar mesyuarat penyelarasan tertinggi antara MBM dan KBS dilakukan  bagi memberi langkah penyelarasan segera.

Pertemuaan ini amat positif dalam menangani kemelut isu pertubuhan belia seperti Isu bantuan pentadbiran, pengikhtirafan, aktivisme belia dan hala tuju pertubuhan belia.

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Pembangunan belia khususnya generasi Muda di bawah 30 tahun adalah keutamaan masa kini.

 

 

 

MENGGERAK BELIA MALAYSIA

 

Yang benar,

 

AHMAD SAPARUDIN YUSUP

Setiausaha Agung

 

Tarikh    : 13 Ogos 2018

Tel          : (013) 373 4934

Emel       :  mbmsua@gmail.com

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »