Home / Berita / Pelancaran buku ‘Transformation 2050: The Alternative Future of Malaysian Universities’

Pelancaran buku ‘Transformation 2050: The Alternative Future of Malaysian Universities’

Nilai 9 Ogos – Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) melancarkan buku ‘Transformation 2050: The Alternative Future of Malaysian Universities’ mengenai masa depan pendidikan tinggi di Malaysia pada 8 Ogos 2018 di Borders, Mesamall Nilai Negeri Sembilan,

Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad berkata buku tersebut merupakan hasil karya Penyandang Kursi Unesco Prof Sohail Inayatullah.

Katanya buku setebal 149 muka surat itu diterbitkan oleh pihak USIM atas sebahagian daripada aktiviti di bawah Kursi Unesco yang dianugerahkan kepada Usim pada 2016.

“Buku hasil kajian para akademik yang pakar dalam melihat transformasi pendidikan dan pembelajaran itu mengetengahkan mengenai pendidikan di peringkat nasional dan global universiti-universiti di Malaysia.

“Ia merangkumi masalah kritikal selain rancangan yang perlu dilakukan mengenai pembelajaran masa depan agar terus relevan dan mengikut kehendak semasa,” katanya  kepada pemberita di sini hari ini.

B9 Ogoliau sebelum itu merasmikan pelancaran buku tersebut yang turut dihadiri Sohail, Pengarah Institut Sains Islam Usim Prof Norita Md Norwawi dan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia Jufitri Joha.

Pada majlis tersebut, turut dilancarkan buku bertajuk ‘Asia 2038: Ten Disruptions that Change Everything’ yang juga diilhamkan Sohail mengenai 10 permasalahan yang akan mengubah senario kerja pada masa depan.

Beliau berkata penerbitan kedua-dua buku itu merupakan pengajaran terbaik dan memainkan peranan penting dalam membangunkan masa depan yang lebih baik untuk generasi baharu. – Bernama

 

Sumber Sinar Harian dan Bernama

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »