Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media : Malaysian Youth Humanitarian Mission Lombok

Kenyataan Media : Malaysian Youth Humanitarian Mission Lombok

KENYATAAN MEDIA 

MALAYSIAN YOUTH HUMANITARIAN MISSION LOMBOK

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) melahirkan rasa sedih dan berduka ekoran kejadian gempa bumi yang melanda Pulau Lombok, Indonesia pada 29 Julai 2018 yang mengakibatkan kehilangan nyawa termasuk seorang rakyat Malaysia, kerosakan harta benda dan ramai lagi cedera. Apa yang berlaku mengundang rasa simpati yang mendalam bagi seluruh keluarga komuniti ASEAN khususnya dalam kalangan belia.

Di atas rasa keprihatinan dan kemanusiaan terhadap penderitaan mangsa-mangsa gempa bumi, MBM melalui Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia (MyVOC) bersama Global Peace Malaysia (GPM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan akan berlepas ke Pulau Lombok, Indonesia pada 3 hingga 5 Ogos 2018 bagi Misi Kemanusiaan Belia Malaysia-Lombok (Malaysian Youth Humanitarian Mission Lombok).

Terdahulu, pasukan peninjau GPM telah berada di kawasan bencana bagi memberi bantuan awal serta meninjau bentuk bantuan yang akan disampaikan dalam misi kali ini.

Pasukan ini diketuai Ibnu Rasyeed Mat Isa yang merupakan sukarelawan MyVOC dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Bukit Gantang. Mereka akan bertugas di Sekretariat Bencana (Posko Siaga Bencana) di Daerah Sesait Kecematan Kayangan, Lombok Utara bagi merencana bantuan.

Fokus misi tertumpu kepada psikological first aid atau bantuan psikologi dalam menangani trauma yang dialami oleh mangsa terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak. Ini kerana hasil tinjauan mendapati kebanyakan mangsa masih trauma dan tidak berani untuk tidur di dalam rumah mereka. Mereka tidur di luar rumah tanpa khemah yang sempurna. Dalam masa sama, kumpulan ini juga akan mengagihkan sumbangan keperluan kit kebersihan kepada mangsa-mangsa bencana.

MBM juga ingin menyeru kepada pihak kerajaan, badan-badan korporat, NGO-NGO, parti-parti politik serta para dermawan dan sukarelawan dalam usaha memberi sebarang bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana melalui sumbangan ikhlas yang akan disalurkan kepada mangsa gempa bumi Lombok dengan kadar segera.

MBM juga akan menggerakkan tabung ini ke seluruh negara bagi mengutip sumbangan bantuan kemanusiaan berkenaan.

Selain sumbangan wang tunai secara terus melalui tabung tersebut, sumbangan juga boleh disalurkan ke nombor akaun MAYBANK 564025403782 atas nama ‘TABUNG KEMANUSIAAN MAJLIS BELIA MALAYSIA’. Sumbangan menerusi cek dialamatkan ke Majlis Belia Malaysia, Wisma MBM, No. 1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur  Tel: (03) 9173 2761/63.

Usaha ini adalah inisiatif daripada golongan belia negara ini untuk menyuarakan rasa simpati dan membantu pada kadar masing-masing. Ia sebagai tanda persahabatan yang erat dalam kalangan generasi muda di negara Asean.

Di sinilah peranan badan sukarela seperti MBM dalam menyediakan kumpulan sukarelawan bagi menyokong dan menjadi third voice di samping penggerak utama misi kemanusiaan sejagat.

MBM berharap agar misi ini dipermudahkan dan berjalan lancar serta bantuan dapat disalurkan kepada mangsa-mangsa seterusnya memberi sokongan bahawa masyarakat dunia bersama-sama mereka dalam musibah yang melanda negara jiran ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

AHMAD SAPARUDIN YUSUP
Setiausaha Agung
Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh    : 3 Ogos 2018

Telefon    : (013) 373 4934

Emel       : mbmsua@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »