Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media : MBM Gesa Sidang Dewan Rakyat Dijadikan Keutamaan Dimartabatkan Oleh Semua Wakil Rakyat

Kenyataan Media : MBM Gesa Sidang Dewan Rakyat Dijadikan Keutamaan Dimartabatkan Oleh Semua Wakil Rakyat

KENYATAAN MEDIA

MBM GESA SIDANG DEWAN RAKYAT DIJADIKAN KEUTAMAAN DIMARTABATKAN OLEH SEMUA WAKIL RAKYAT

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) memandang serius penangguhan sementara persidangan Dewan Rakyat akibat ketidakhadiran ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat oleh Speaker Dewan Rakyat semalam.

MBM melihat insiden ini suatu yang amat memilukan bila mana ahli-ahli Dewan Rakyat memberi contoh yang tidak baik kepada generasi muda dan rakyat serta pengabaian tanggungjawab mereka.

Ahli Dewan Rakyat seharusnya sedar dan penuh bertanggungjawab terhadap tugasan mereka untuk membawa, berbincang, berbahas, meneliti usul dan jawapan yang diberikan di dewan yang mulia ini.

Slogan ‘memperjuangkan suara rakyat’ perlu diterjemah sebaiknya di dalam Dewan Rakyat. Inilah medan selayaknya untuk mereka bersuara dan bukan memilih media massa, kempen parti dan demonstrasi yang tidak kena waktu untuk bercakap.

Ahli Dewan Rakyat perlu jelas keutamaan (awlawiyat) mereka. Keperluan berada di Dewan ini sepanjang sidang berlangsung berbanding kegiatan luar sewaktu persidangan berlangsung yang perlu dilihat kewajibannya.

MBM dan para belia sangat mengharapkan agar perbahasan dan perbincangan di Dewan Rakyat akan lebih berkualiti tinggi, penuh adab, hujahan yang mantap dan benar-benar membawa suara rakyat terbanyak.

Seakan sindirin dalam nada bersahaja “sila duduk dan jangan lari” oleh Yang DiPertuan Agong sewaktu membuka sesi persidangan baru-baru ini hanya dijadikan bahan jenaka bukan teguran.

Malah teguran Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad juga belum dapat dihayati oleh para Ahli Dewan Rakyat.

Janganlah kehadiran dewan hanya penuh pada waktu-waktu tertentu sahaja seperti upacara perasmian, sesi pengundian dan lain-lain.

Hakikatnya para belia dan rakyat memerhatikan perjalanan persidangan pertama di bawah Malaysia baharu ini agar mencapai tahap perubahan yang lebih baik dan dibanggakan.

 

MENGGERAK BELIA MALAYSIA

7 DEKAD MBM

 

 

AHMAD SAPARUDIN YUSUP

SETIAUSAHA AGUNG

MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

Tarikh     : 25 Julai 2018

Telefon    : (013) 373 4934

Email      : mbmsua@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »