Home / Berita / Segmen Warna-Warni @ Sambutan 7 Dekad MBM

Segmen Warna-Warni @ Sambutan 7 Dekad MBM

Bangi 24 Jul – Segmen Warna-Warni adalah salah satu segmen yang terdapat di dalam Sambutan 7 Dekad MBM yang berlangsung pada 22 hingga 23 Julai 2018 di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi Selangor.

Di hari pertama segmen ini diawal pagi menampilkan program buskers on stage yang membawa kumpulan-kumpulan buskers seperti Bunga Ros Buskers, RWB Buskers, EJ Buskers dan Akustika KayaJiwa.

Pada sebelah petang pula dihidangkan dengan Youth Drum Battle yang menampilkan beberapa kumpulan pergendangan dan perkusi, setiap kumpulan membuat persembahan dan aksi masing-masing sebelum mereka digabungkan dengan satu segmen iaitu Battle. Antara kumpulan yang terlibat adalah Drum Simfoni, Greentown Culture Club, Alliance Bhangra dan Perkusigatra.

Seterusnya diserikan dengan King of Buskers. Pertandingan ini telah di juarai oleh Kumpulan Kick The Luck Away, Naib Juara disandang oleh Ipoh Buskers dan tempat ketiga oleh Damak Buskers.

Pada hari keduanya disambung dengan menghidangkan gema nusantara iaitu menampilkan muzik tradisional dengan mengetengahkan muzik Mak Yong, Gendang Kecapi, Dikir Barat, Gamelan Fusion dan nyanyian lagu tradisional. Di antara kumpulan yang terlibat adalah kumpulan Akustika KayaJiwa, Geng Wak Long dan Uitm Performing Art dan antara tetamu yang turut menyaksikan adalah delegasi Malaysian International Youth Exchange (MIYE).

Segmen warna-warni diselaraskan oleh Sdr. Hasnul Fairuz Husin Amri Penolong Setiausaha Agung MBM.

 

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »