Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media : Belia Rasuah : MBM Tekankan Kepimpinan Melalui Teladan

Kenyataan Media : Belia Rasuah : MBM Tekankan Kepimpinan Melalui Teladan

KENYATAAN MEDIA

BELIA RASUAH: MBM TEKANKAN KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

 

Keinginan untuk menjadi cepat kaya dan menikmati gaya hidup lebih mewah mendorong golongan belia memilih cara mudah mendapat wang dan terlibat dalam gejala rasuah.

Rasuah boleh menyerang sesiapa dan di mana sahaja. Kita telah melihat bagaimana rasuah menjejaskan golongan miskin, yang lemah dan seluruh masyarakat amnya. Ia boleh menafikan orang ramai mengakses perkhidmatan kesihatan, pendidikan berkualiti dan peluang ekonomi serta punca kepada peningkatan jenayah. Malah ia boleh menafikan mereka harapan masa depan yang lebih baik.

Rasuah pastinya menghancurkan kepercayaan rakyat dalam tadbir urus yang baik. Itulah sebabnya tanggungjawab sebagai pemimpin pertubuhan belia di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM) amat penting dan usaha untuk memerangi rasuah mesti bersatu dengan pembangunan mampan dan tadbir urus yang baik.

Malaysia perlu menjadi sebuah negara mempunyai institusi yang kuat, telus dan inklusif, berdasarkan undang-undang dan disokong oleh orang ramai.

MBM juga berpendapat perlunya usaha memupuk kesedaran menjauhi rasuah seawal usia muda bermula dari sekolah. Ini adalah supaya mereka akan lebih bersedia menghadapi isu-isu berkaitan rasuah, apabila mereka mula bekerja. Kita perlu mempersiapkan kanak-kanak di negara ini menjadi golongan dewasa berintegriti tinggi yang membenci rasuah.

Apapun usaha yang dilakukan, kita memerlukan penglibatan penuh dan sokongan komuniti perniagaan dan kewangan. Kita memerlukan masyarakat sivil untuk meneruskan kerja yang berharga. Paling penting, kita memerlukan golongan belia untuk melibatkan diri dan mengubah fikiran dan amalan agar korupsi hari ini tidak memainkan peranan pada masa depan.

MBM juga turut berharap para pemimpin dari pelbagai platform sama ada kerajaan, korporat, agama, budayawan perlu mengamalkan pendekatan kepimpinan melalui teladan. Ini bagi membuktikan diri mereka boleh dipercayai untuk memulihkan kepercayaan orang-orang di institusi mereka sendiri dan rakyat menyeluruh.

 

Sekian terima kasih.

MOHAMMAD RIZAN HASSAN

KETUA PENERANGAN 

MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

Tarikh     : 9 Julai 2018

Telefon    : (013) 7733676

Email      : mdrizanhassan@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »