Home / Berita / Syarahan Pembudayaan Kepimpinan Sejahtera Dalam Kepimpinan Belia

Syarahan Pembudayaan Kepimpinan Sejahtera Dalam Kepimpinan Belia

Nilai 27 Jun – Melalui Jawatankuasa Pendidikan & Penyelidikan Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Sekolah Pembangunan Kerja Belia dan Komuniti (SPKB) dan Pusat Pengajian Teras Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan program Syarahan Pembudayaan Kepimpinan  Sejahtera Dalam Kepimpinan Belia yang bertempat di Dewan Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai Negeri Sembilan pada 26 Jun 2018.

Program bertujuan menggalakkan perbincangan ilmiyyah dikalangan khalayak kepemimpinan belia di Malaysia. Tema yang dikongsikan ini berkisar mengenai kepentingan kepimpinan sejahtera sebagai alternatif mengatasi kepincangan kepimpinan pragmatik dan utilitarian yang datang daripada faham barat. Kepimpinan sejahtera menekankan fungsi qalbu, roh, aqal yang berpaksikan nilai agama dan sejagat. Pembentang berkongsi mengenai cadangan supaya MBM memberikan pendedahan dan latihan kepada kepimpinannya di pelbagai peringkat mengenai tema ini. Semoga program-program bersifat ilmiyyah sebegini dapat terus disuburkan di masa-masa akan datang.

Program syarahan ini disampaikan oleh Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai Negeri Sembilan.

MBM dihadiri oleh Naib Presiden MBM Sdr.Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup dan Exco MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun…

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »