Home / Berita / Jelajah Salam Anak Muda Imarah Ramadhan Zon Utara

Jelajah Salam Anak Muda Imarah Ramadhan Zon Utara

Ramadhan datang lagi. Majlis Belia Malaysia selaku sebuah badan pertubuhan belia tidak pernah terlepas menyantuni bulan Ramadhan melalui pengisian kerohanian, kemanusiaan dan perkongsian mantan-mantan pemimpin MBM yang mana pada tahun ini adalah tahun genapnya penubuhan MBM 70 tahun.

Pada tahun ini, program yang simbolik dengan Jelajah Imarah Ramadhan telah diubah kepada Jelajah Salam Anak Muda Ramadhan 1439H dan Sambutan 70 Tahun MBM dan dipecahkan kepada kumpulan mengikut zon iaitu zon tengah, pantai timur, selatan dan utara. Pada tahun ini konsep program adalah seperti tahun-tahun sebelumnya, cuma ada kelainan sedikit di mana adanya pengisian perkongsian pengalaman mantan-mantan pemimpinan persatuan belia sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan melalui selingan majlis berbuka puasa atau moreh. Bagi pengisian lain, pelaksanaanya adalah seperti biasa seperti program tadarrus dan tadabbur Quran di masjid atau surau yang terpilih, ziarah kasih ke rumah-rumah kurang berkemampuan, rumah asnaf dan anak yatim dan program seperti sumbangan telekong dan agihan bubur lambuk.

Program ini yang bermula dari 25 hingga 29 Mei 2018 ini telah mendapat sambutan yang hangat dan kerjasama yang baik dari pertubuhan belia setempat. Di samping itu juga beberapa pengisian program turut mendpat penglibatan dari wakil rakyat setempat bagi bersama-sama menyerahkan sumbangan bantuan Ramadhan ke semua rumah-rumah yang telah dipilih.

MBM selaku badan utama pertubuhan belia di negara ini mengharapkan agar program-program seperti ini dapat diteruskan setiap tahun di samping sokongan dan kerjasama dari semua pihak dalam menjayakannya.

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »