Home / Berita / Jelajah Salam Anak Muda Imarah Ramadhan Zon Pantai Timur

Jelajah Salam Anak Muda Imarah Ramadhan Zon Pantai Timur

Perjalanan Team Jelajah Salam Anak Muda Imarah Ramadhan Zon Pantai Timur bermula pada 25 sehingga 29 Mei 2018 diketuai oleh Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia bersama Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah EXCO MBM. Konvoi Team Jelajah ini bergerak ke negeri pantai timur dari Kuala Lumpur dengan menaiki van MBM dan disertai bersama konvoi kereta dari majlis belia negeri dan daerah di setiap negeri.

Fokus pada program kali ini adalah bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik dan mengimarahkan lagi bulan Ramadha dengan pelbagai aktiviti.

Penyampaian sumbangan berupa barangan keperluan harian diberikan kepada mereka yang memerlukan dan juga kepada pelajar tahfiz di Pahang dan orang asli Islam di Terengganu selain berbuka puasa bersama mereka.

Bicara tokoh yang diadakan juga berbentuk santai disamping hidangan moreh bersama majlis belia negeri dan daerah yang terlibat.

Selain itu, lawatan ke tapak projek ternakan ikan kerapu hibrid kelolaan Wan Adilah Wan Awang bekas pemimpin belia/tokoh belia.Beliau turut menggunakan konsep ‘second chance’ bagi memberi peluang kepada anak muda yang pernah melalui sisi gelap menjadi tenaga penggerak projek ini.

Turut hadir dalam setiap aktiviti adalah ahli kepimpinan dari setiap Majlis Belia Negeri dan Daerah yang terbabit.

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »